Posts Tagged ‘Sains dan Matematik’
Adakah PPSMI Relevan?
PPSMI Perlu Diteruskan Atau Tidak?!
Sejak kebelakangan ini, isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kembali diutarakan di semua media utama. Saya sebagai seorang guru PPSMI yang telah mengajar subjek Sains dan Matematik selama empat tahun ingin menyuarakan sedikit sebanyak tentang perkara ini.
Bagi cikgu, pengajaran dalam bahasa Inggeris tidak membebankan. Malahan tidak menjejaskan prestasi bahasa Melayu. Saya dan rakan sekerja seronok mempelajari istilah-istilah baru Sains dan Matematik. Walaupun pada mulanya agak susah bagi semua cikgu menguasai term-term yang serba baru dan susah diingati. Tetapi dengan adanya bantuan daripada guru bahasa Inggeris pada waktu ‘Buddy System Support’, cikgu mula menaruh minat terhadap pengajaran mereka dan ada murid yang mula menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dengan cikgu. Mulai masa itu, saya berasa sudah sebati dengan PPSMI.
Ada guru-guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris dan kemudian menerangkan kembali dalam bahasa Melayu. Ini adalah untuk menjaga murid yang agak lemah dalam bahasa Inggeris. Walaupun terdapat murid yang tidak cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik, tetapi mereka berasa sangat teruja dengan belajar bahasa Inggeris. Yang pentingnya ialah masa dan keinginan untuk mereka belajar.
Ini berlaku hanya di sekolah saya dan saya memberi pandangan terhadap murid saya sahaja. Yang difahami ialah tahap murid-murid di setiap sekolah adalah berbeza-beza dan diikuti juga sekolah di bandar dan di luar bandar. Maka pandangan admin CikguBlog tetap pandangan sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan guru-guru di sekolah lain.
Apa yang penting untuk belajar berjaya ialah kemahuan dan kegigihan. Apabila kegigihan dan kemahuan ada, halangan dapat diatasi. Justeru, adakah PPSMI relevan? Cikgu sendiri sahaja yang dapat menjawab soalan ini. Sekian terima kasih. (Pandangan ini hanyalah daripada admin cikgublog)

