Posts Tagged ‘P&P’

Rancangan Pelajaran Tahunan

Pengetahuan dan Kemahiran dalam Melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

Memandangkan mulai bulan Mac ini semua cikgu di Malaysia akan menduduki ujian PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), maka admin cikgublog telah menyediakan sedikit maklumat dan panduan ulangkaji untuk cikgu-cikgu gred DGA29, DGA32 dan DG41. Harap maklumat disini dapat membantu cikgu sedikit sebanyak dalam menjawab kertas soalan PTK nanti. Sekian.

Tajuk Hari ini:
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Rancangan Pelajaran Tahunan

  • Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantuan mengajar agar pengajaran-pembelajaran dapat berjalan lancar dan berkesan.
  • Dalam membuat perancangan pengajaran, guru perlu meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran, menyediakan rancangan kerja dan persediaan mengajar harian. Gambar rajah dibawah menunjukkan proses kerja perancangan untuk pengajaran.

Rancangan Pelajaran

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

  • Pentafsiran Sukatan Pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi susunan topik-topik yang disediakan untuk sesuatu mata pelajaran. Ia mempunyai objektif pengajaran-pengajaran yang tersendiri.
  • Sukatan pelajaran disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Dalam sukatan pelajaran diperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap mata pelajaran.
  • Sukatan pelajaran akan menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam Tahap 1 dan Tahap 2. Dengan ini, guru dapat tahu skop yang perlu dikuasai oleh pelajar setiap tahap.
  • Sukatan pelajaran yang disediakan adalah untuk pelajar yang pencapaian sederhana. Maka guru perlu meneliti dan membuat perubahan kepada kandungan untuk pelajar pencapaian tinggi dan yang pencapaian rendah.

Akan disambuang lagi. Sekian terima kasih. Cikgu pun nak baca buku….

Carian Cikgu
Iklaneka
Join Cikgu facebook

MalaysiaCikguBlogging

Teachers Around The World
Free counters!
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.