Pemeriksa Kertas UPSR Tahun 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2010 CADANGAN PEMERIKSA
Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan akan memilih dan melantik pemeriksa baru bagi kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Science , Mathematics, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Syarat-syarat untuk memohon menjadi pemeriksa adalah seperti berikut:
i.   Telah disahkan dalam jawatan
ii.  Sedang mengajar mata pelajaran yang dipohon; dan
iii. Berpengalaman mengajar mata pelajaran yang dipohon pada tahap 2 lebih daripada 3 tahun.

Mohon kerjasama tuan/puan untuk memanjangkan Borang Permohonan Pemeriksa yang disertakan bersama-sama ini kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah untuk tindakan selanjutnya. Borang Permohonan Pemeriksa yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 2 februari 2010 kepada:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras7,Blok E11, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.P:KPP Unit UPSR)

Guru-guru sekolah rendah yang berminat jangan melepaskan peluang ini untuk menjadi pemeriksa UPSR Tahun 2010. Sekian terima kasih.