Posted by Admin in KPLI ...
Syarat Pengambilan KPLI 2010 Lebih Ketat
Bagi melahirkan profesion perguruan yang mempunyai tahap kepakaran tinggi serta berkualiti, syarat pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mulai Tahun 2010 dan seterusnya akan diperketatkan lagi. Kementerian Pelajaran antara lain bakal mewajibkan calon KPLI memiliki kelayakan khusus mata pelajaran tertentu sebelum dibenar mengajar subjek berkenaan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin, pengenalan syarat wajib yang lebih ketat itu bagi memastikan guru itu benar-benar pakar dalam sesuatu subjek yang diajar. Dan pada masa yang sama mereka perlu juga betul-betul minat dalam bidang yang mereka ceburi.
“Sebagai contoh, jika calon guru itu ingin mengajar subjek Matematik, dia perlu ada pengkhususan subjek itu dalam ijazahnya. Ia bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus KPLI”, katanya selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010 di Institut Pendidikan Guru.
Tambah Asariah, sebelum ini kementerian menekankan kelayakan calon KPLI berdasarkan kelulusan ijazah pertama daripada pelbagai bidang. Syarat baru itu akan menekankan kelayakan serta pengkhususan khas kepada mata pelajaran yang akan diajar.
Selain itu, katanya, kementerian akan mengadakan pengambilan KPLI pada Januari dan Julai seperti tahun lalu. Pengambilan itu berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat kekurangan guru, kementerian akan membuat pengambilan baru.
Share on Facebook
Posted by Cikgu in Cikgu ...
Cara-cara Untuk Memohon Menjadi Seorang Guru
Institut perguruan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah. Semua institut pendidikan guru (IPG) ini dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:
- Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
- Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Latihan Pra Perguruan:
1) Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.
2) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.
Disini saya sertai juga senarai maktab-maktab perguruan di Malaysia sebagai panduan rujukan.
Maktab Perguruan
1) Maktab Perguruan Batu Lintang
2) Maktab Perguruan Batu Pahat
3) Maktab Perguruan Besut
4) Institut Perguruan Darul Aman
5) Maktab Perguruan Gaya
6) Maktab Perguruan Ilmu Khas
7) Maktab Perguruan Ipoh
8.) Maktab Perguruan Islam Bangi
9.) Maktab Perguruan Keningau
10) Maktab Perguruan Kent
11) Maktab Perguruan Kinta Ipoh
12) Maktab Perguruan Kota Bharu
13) Maktab Perguruan Kuala Terengganu
14) Maktab Perguruan Mohd. Khalid
15) Maktab Perguruan Perempuan Melayu
16) Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
17) Maktab Perguruan Raja Melewar
18) Maktab Perguruan Rajang
19) Maktab Perguruan Sains Bintulu
20) Maktab Perguruan Sandakan
21) Maktab Perguruan Sarawak
22) Maktab Perguruan Sri Kota
23) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
24) Maktab Perguruan Teknik
25) Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
26) Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan
27) Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Semoga anda berjaya menjadi seorang guru yang disanjungi.
‘GURU MALAYSIA BOLEH‘
Share on Facebook
Posted by Admin in Berita
Guru Lepasan KPLI Akan Dikurangkan
Kerajaan bercadang mengurangkan pengambilan guru siswazah menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selepas Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara mula mengeluarkan tenaga pengajar berkelulusan ijazah pada 2011.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata ia sejajar keputusan Dewan Rakyat kelmarin meluluskan Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2008) yang membenarkan IPG menyediakan kursus perguruan peringkat ijazah.
Beliau berkata, pengambilan guru siswazah menerusi KPLI adalah sementara dan berdasarkan keperluan atau kekosongan jawatan. “Ketika ini, IPG hanya boleh mengeluarkan guru lepasan diploma dan sijil. Bagaimanapun, selepas Akta Pendidikan 1996 diluluskan, ia boleh melahirkan lebih ramai guru siswazah dalam tempoh tiga tahun lagi. Berikutan itu, kita perlu mengurangkan pengambilan guru program KPLI secara berperingkat pada masa depan,” katanya. (Petikan dari NUTP)
Share on Facebook
Komen Cikgu