Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Dec 21st
NUTP telah menjalankan kaji selidik mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) terhadap guru. Maklum balas yang diterima menyatakan bahawa para guru mendapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid- murid kurang memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini, mereka mencadangkan supaya waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris ditambah. Pelajar juga digalakkan supaya banyak membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris, dan para guru pula memperbaiki serta mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
Mereka berpendapat bahawa sukatan PPSMI tidak dapat diselesaikan pada masa tertentu, dan mencadangkan supaya kerajaan memilih bahasa yang senang dikuasai murid, iaitu bahasa ibunda. Memandangkan pelajar lebih memahami subjek-subjek yang diajar dalam bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, para guru yakin bahawa P&P Sains dan Matematik akan lebih berkesan sekiranya bahasa ibunda digunakan.
Melalui pemerhatian para guru, antara sebab mengapa pelajar tidak berminat dalam P&P PPSMI ialah kerana mereka tidak faham. Penggunaan bahasa yang mudah difahami murid iaitu bahasa ibunda dapat mengatasi masalah ini. Tambahan pula istilah sains seperti photosynthesis faleum dan herbivourous sukar dieja, dibaca,diingat dan difahami. Oleh sebab inilah cadangan para guru supaya standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dikukuhkan terlebih dahulu diambil perhatian. Peruntukan masa PPSMI yang tidak mencukupi juga disuarakan oleh para guru dalam kaji selidik ini. Mereka turut mengingatkan bahawa bukan semua pelajar prasekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ini juga pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah amat tidak sesuai.
PPSMI menjadi satu beban bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Ini adalah disebabkan terdapat guru yang lemah dalam penggunaan Bahasa Inggeris, bukan hanya pelajar. Guru-guru ini belum bersedia menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kursus-kursus dalam perkhidmatan yang diadakan untuk para guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran subjek-subjek PPSMI juga tidak mencukupi dan tidak berkesan.
NUTP berharap Kementerian Pelajaran Malaysia akan mendengar suara para guru dalam hal ini dan menjadikan maklum balas yang diterima sebagai rujukan dalam meneliti semula pelaksanaan PPSMI bagi memastikan pelajar dapat manfaat yang optimum.
(Artikel dari Buletin NUTP bulan Oktober)
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
Laman Web: http://www.nutp.org
May 26th
Hooray! Cuti sekolah telah bermula!
Inilah masanya untuk bercuti bersama keluarga. Semoga guru-guru dan murid-murid boleh melepaskan sedikitĀ tekanan dengan melancong ke tempat perangin Malaysia ataupun luar negara. Belajarlah sedikit semasa cuti sekolah bagi mereka yang ingin menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Happy holiday kepada semua guru dan murid! Bermain dengan seronok, OK.
May 16th
Hari ini ialah ‘Hari Guru’, maka saya membuat satu laman web bertajuk ‘CikguBlog.com’ sempena hari yang mulia ini. Yang pentingnya dengan kewujudan blog ini, saya berharap setiap cikgu di Malaysia dapat belajar serba sedikit pengetahuan IT mengenai ‘Blog’. Disinilah tapaknya cikgu boleh berkomunikasi sesama cikgu atau dengan murid-murid yang juga berminat dalam membuat ‘Blog’. Tujuan utama ‘Blog’ ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan cikgu dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Saya sebagai seorang guru di Malaysia juga ingin melihat bahawa kita sebagai pendidik dapat mengejar ilmu yang serba canggih ini di samping menaikkan taraf kita sebagai seorang guru di mata dunia.
Sekian Terima Kasih.
Cikgu James
SK Cator Avenue
Komen Cikgu