Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Jan 5th
Pertama sekali, admin CikguBlog dotcom ingin mengucapakan selamat kembali ke sekolah kepada semua cikgu dan murid. Bagi mereka yang baru melangkah ke alam persekolahan, terutamanya pelajar sekolah rendah darjah satu dan sekolah menengah tingkatan satu, mereka telah pun melaporkan diri ke sekolah masing-masing pada hari Jumaat yang lepas iaitu dua hari lebih awal berbanding pelajar lain untuk mendaftarkan diri dan menjalani sesi orientasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah di Malaysia.
Segala kelengkapan persekolahan telah siap disediakan oleh ibu bapa terlebih dahulu sebelum anak-anak mereka memulakan persekolahan baru Tahun 2009 supaya anak-anak mereka dapat menumpukan perhatian ketika pembelajaran dijalankan. Buku teks sekolah yang percuma juga telah diagihkan kepada setiap murid pada hari pertama pendaftaran mereka.
Debaran makin terasa oleh para pelajar yang sudah lama bercuti. Ada yang gembira dan ada pula yang tidak sabar untuk ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran baru dan juga untuk bertemu rakan-rakan yang sudah lama berpisah. Walau apa pun perasaan yang timbul, sesi persekolahan Tahun 2009 harus diteruskan. Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh pelajar di Malaysia!
Komen Cikgu