Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Guru perlu menggalakkan hubungan sosial di kalangan pelajar engan mengadakan kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan supaya pelajar berkomunikasi sesama mereka. Pelajar yang pendiam, pemalu dan tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar yang perlu diberi perhatian. Guru perlu memasukkan mereka ini ke dalam kumpulan yang cergas agar mereka dapat berinteraksi dan dipengaruhi oleh rakan-rakannya.
Teknik sosiometri digunakan untuk mengkaji corak-corak nteraksi dan tahap penerimaan pelajar oleh rakan-rakan mereka. Maklumat itu membolehkan guru membantu menyesuaikan pelajar ke dalam kumpulan tertentu. Guru juga dapat mengumpulkan pelajar yang mempunyai minat yang sama agar mereka rasa lebih selesa dan bersoronok dalam menghasilkan projek bersama.
Berdasarkan ujian sosioetri, pelajar yang popular boleh dipilih sebagai ketua kumpulan dan boleh membantu pelajar singkiran atau asingan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan. Suasana pembelajaran akan berkesan jika hubungan sosial antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar adalah baik. Ini akan meningkatkan prestasi pembelajaran kerana kurangnya ketengangan. Maka guru seharusnya mewujudkan suasana yang baikĀ dengan murid semasa P&P dijalankan. Sekian terima kasih.
Komen Cikgu