URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32, GRED DGA34 DAN GRED DGA38 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2009 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan hormatnya merujuk kepada surat KP (JNJK)900-10/3/1(7) bertarikh 8 Julai 2009 berhubung dengan perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dari gred DGA29 ke Gred DGA32 (KUP), Gred DGA32 ke Gred DGA34 (KUP) dan dari Gred DGA34 ke Gred DGA38 (KUP) Tahun 2009. Urusan pemangkuan ini adalah terbuka kepada semua PPPLD Gred DGA29, Gred DGA32 dan Gred DGA34 yang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan itu, admin cikgublog ingin menghebahkan dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua pegawai di bawah penyeliaan masing-masing. Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon ataupun pegawai-pegawai yang telah dicalonkan oleh Ketua Jabatan masing-masing untuk urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang JNJK/PKIP/17/19 seperti di Lampiran B. Borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan terus kepada Unit Guru Cemerlang, JNJK, KPM seperti alamat berikut sebelum atau pada jam 5.00 petang, Jumaat, 14 Ogos 2009. Sekian.

Ketua Nazir
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Guru Cemerlang)

Share and Enjoy:
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • del.icio.us
  • Digg
  • MySpace
  • E-mail this story to a friend!