Sikap Dan Akauntabiliti Guru
Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
- Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
- Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
- Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
- Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
- Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
- Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
- Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
- Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
Selamat Deepavali 2009
Cikgu Menyambut Hari Deepavali 2009
Admin CikguBlog ingin mengucapakn selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua guru dan murid terutama bagi mereka yang beragama Hindu. Semoga kita semua dapat menyambut hari yang mulia ini dengan hati yang terbuka dan gembira. Sekian terima kasih.

Program KIA2M Sekolah Rendah
Jadual Kerja Pengumpulan Data Ujian Penapisan Dan Pelepasan KIA2M (SK/ SJKC/ SJKT)
Seperti yang telah sedia maklum beberapa aktiviti dalam Program KIA2M telah dan sedang dilaksanakan di sekolah mulai Jan2009. Ianya bertujuan membantu pihak sekolah membuat pemulihan bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam menguasai beberapa kemahiran tertentu.
Sehubungan dengan itu, guru-guru diminta memastikan Ujian KIA2M dilaksanakan dan analisisnya dihantar ke PPD mengikut tarikh yang telah ditetapkan. (Rujuk pada pelan tindakan yang telah disediakan).
i. Jadual Kerja Pengumpulan Data Ujian Penapisan
iii. Jadual Kerja Pengumpulan Data Ujian Pelepasan 2
ii. Jadual Kerja Pengumpulan Data Ujian Pelepasan 1
|
UJIAN PENAPISAN |
TARIKH |
| UJIAN PENAPISAN | 01 hingga 06 Feb. |
| TARIKH AKHIR SEKOLAH HANTAR DATA KEPADA PPD / PPG | 12 February |
| TARIKH AKHIR PPD / PPG HANTAR DATA KEPADA JPN | 18 February |
| TARIKH JPN HANTAR DATA KEPADA JNJK | 23 hingga 27 February |
| MESYUARAT PENULISAN LAPORAN UJIAN PENAPISAN OLEH JNJK | 26 – 28 Mei |
|
UJIAN PELEPASAN 1 |
TARIKH |
| UJIAN PELEPASAN 1 | 21 hingga 26 Jun |
| TARIKH AKHIR SEKOLAH HANTAR DATA KEPADA PPD/PPG | 02Julai |
| TARIKH AKHIR PPD / PPG HANTAR DATA KEPADA JPN | 8 Julai |
| TARIKH JPN HANTAR DATA KEPADA JNJK | 13 hingga 17 Julai |
| MESYUARAT PENULISAN LAPORAN UJIAN PELEPASAN 1 OLEH JNJK | 28 – 31 Julai |
|
UJIAN PELEPASAN 2 |
TARIKH |
| UJIAN PELEPASAN 2 | 01 hingga 06 November |
| TARIKH AKHIR SEKOLAH HANTAR DATA KEPADA PPD/PPG | 12 November |
| TARIKH AKHIR PPD / PPG HANTAR DATA KEPADA JPN | 18 November |
| TARIKH JPN HANTAR DATA KEPADA JNJK | 23 hingga 27 Nov. |
| MESYUARAT PENULISAN LAPORAN UJIAN PELEPASAN 2 OLEH JNJK | 24 – 26 Nov. / 1 – 3 Dis |
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) =
Permuafakatan Dalam Pendidikan
Bagi sesetengah guru terutama guru yang baru ‘posting’, mereka akan diberi peluang untuk menjadi AJK dalam pertubuhan PIBG di sekolah mereka. Perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan sekolah ingin mereka belajar tentang cara untuk berurusan dengan ibubapa dan pada masa yang sama mengenali dengan lebih mendalam tentang fungsi-fungsi PIBG.
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka.
- Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah.
- Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah hasil pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.
- Fungsi PIBG utama yang ditubuhkan di sekolah-sekolah ialah menjaga dan melindungi kebajaikan pelajar-pelajar dan guru-guru, di samping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah.
- Fungsi PIBG ini dapat diperlihatkan daripada kegiantan-kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hari Raya Aidilfitri 2009
Cikgu, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Harap masih tidak lambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru dan pengunjung CikguBlog.com . Saya sebagai pengurusan CikguBlog ingin memohon maaf atas kekurangan yang diberikan kepada cikgu sepanjang tahun ini. Terima kasih atas sokongan anda semua. Di harap kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadi guru yang terbaik pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
Apa Itu Fail Meja?
14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:
1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.
Selamat Menjalankan Tugas. Sekian.
Kenali Jalur Gemilang
Kibarlah Jalur Gemilang - Bendera Malaysia
31 Ogos 2009 – tarikh di mana negara kita meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Setiap negara mempunyai benderanya sendiri. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia merupakan suatu simbol yang melambangkan identiti sesebuah negara. Penggunaan dan penghormatan ke atas bendera dapat meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
Malaysia juga mempunyai benderanya sendiri. Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini mewakili keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bahagian berwarna biru tua di sebelah atas kiri hingga membawa ke atas jalur merah kelima bermakna perpaduan rakyat Malaysia. Anak bulan dan bintang yang berwarna kuning di dalam bahagian berwarna biru menandakan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 juga menandakan perpaduan di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Warna kuning pada bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bendera Malaysia telah diberi nama JALUR GEMILANG oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.
PPSMI Boleh Diteruskan?!
Pelajar Boleh Terus Guna PPSMI
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan perubahan terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan kembali kepada dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing mulai tahun 2012.
Pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata beliau pelajar yang terlibat dalam program PPSMI itu mempunyai pilihan dan kebebasan untuk menjawab soalan peperiksaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Cara ini dapat melegakan kebimbangan ibu bapa dan memberi peluang untuk bergerak secara perlahan-lahan ke dalam sistem baru. Sekian.
Guru Malaysia
Guru Sebagai Pembentuk Nilai
Nilai-nilai Guru merangkumi unsur-unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan, potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.
Konsep nilai adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Nilai ini merupakan kriteria bagi guru mengukur moral, prinsip atau kelakuan pelajar sama ada baik, wajar, diingini atau sebaliknya buruk, tidak wajar dan dibenci.
Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran, dan pendidikan.
Di dalam sekolah, pelajar-pelajar dididik supaya membentuk akhlak yang mulai dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini. Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang dialaminya dari semasa ke semasa.
Guru sebagai pembentuk nilai hendaklah memainkan peranan sebagai role model supaya murid mencontohinya, di samping membentuk sahsiah murid melalui pengajaran-pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.
Pemangkuan Guru Cemerlang
URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32, GRED DGA34 DAN GRED DGA38 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2009 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk kepada surat KP (JNJK)900-10/3/1(7) bertarikh 8 Julai 2009 berhubung dengan perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dari gred DGA29 ke Gred DGA32 (KUP), Gred DGA32 ke Gred DGA34 (KUP) dan dari Gred DGA34 ke Gred DGA38 (KUP) Tahun 2009. Urusan pemangkuan ini adalah terbuka kepada semua PPPLD Gred DGA29, Gred DGA32 dan Gred DGA34 yang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan menengah.
Sehubungan itu, admin cikgublog ingin menghebahkan dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua pegawai di bawah penyeliaan masing-masing. Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon ataupun pegawai-pegawai yang telah dicalonkan oleh Ketua Jabatan masing-masing untuk urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang JNJK/PKIP/17/19 seperti di Lampiran B. Borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan terus kepada Unit Guru Cemerlang, JNJK, KPM seperti alamat berikut sebelum atau pada jam 5.00 petang, Jumaat, 14 Ogos 2009. Sekian.
Ketua Nazir
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Guru Cemerlang)



![Pusat Sumber (2) [m] Pusat Sumber (2) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2009/09/Pusat-Sumber-2-m-150x150.jpg)
![Pusat Sumber (9) [m] Pusat Sumber (9) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2009/09/Pusat-Sumber-9-m-150x150.jpg)
![Pusat Sumber (10) [m] Pusat Sumber (10) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2009/09/Pusat-Sumber-10-m-150x150.jpg)
