Apakah Objektif Sukan Sekolah?

7 Objektif Utama Sukan Sekolah

1.  Melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat sekolah.

2.  Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat.

3.  Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh.

4.  Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.

5.  Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.

6.  Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya atau profesion.

7.  Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.

1 Sekolah, 1 Sukan1 Malaysia

Program LINUS Sekolah

LINUS: Literacy And Numeracy Screening

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS:

Masalah murid yang tidak mempunayi masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

  1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
  2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
  3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
  4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah:

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

Pembelajaran BM & BI Di SR 2011

Masa Pembelajaran Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Ditambah Mulai 2011

Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu. Dan bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.

Di SJK, bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu. Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan. Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

(Diterbitkan oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat)

Program Terengganu Brilliant Kids

Program ICT Sekolah Brilliant Kids (TBKids)

Melalui program Terengganu Brilliant Kids yang diperkenalkan di 963 buah tadika seluruh negeri awal, guru-guru kini menggunakan papan sesentuh atau Interactive White Board yang mengandungi pelbagai elemen untuk mengajar kanak-kanak.

Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai program itu di peringkat awal menggantikan Program Q-Dees yang hanya menyediakan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik. Tiada lagi penggunaan papan putih, pen marker, mahu pun gambar-gambar lukisan yang dilukis sendiri oleh guru, untuk mengajar kanak-kanak tadika di negeri ini.

Program tersebut yang dimulakan awal tahun lalu mengandungi audio, visual, multi-media serta latihan-latihan yang menguji tahap kecerdasan dan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak fokus dan kurang minat terhadap kaedah pembelajaran formal dalam kelas yang lebih bersifat konservatif dan kurang menarik.

Di perinkat sekolah rendah, sebanyak 25k e-Book dibekalkan secara percuma kepada semua murid Tahun Lima sekolah rendah seluruh negeri, mulai tahun lalu. Pembahagian e-Book dilakukan secara telus di mana semua murid mendapat kemudahan itu, tanpa mengira bulu dan latar belakang keluarga, demi memastikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan masyarakat ‘celik komputer’ tercapai.

Usaha menambah nilai peralatan ICT di sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang terpilih itu sudah pasti membolehkan lebih ramai pelajar tempatan menguasai bidang ICT, sebelum mereka menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Akhirnya, pelajar-pelajar ini akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjadi kebangaan seisi keluarga dan mampu mengangkat martabat masyarakat tempatan.

Kursus LDP 2010

BPG: Kursus LDP 2010 Secara School Based

Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara ‘PEMBACAAN BUKU‘ Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.

Pengenalan

  1. Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
  2. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
  3. In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
  4. Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.

Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)

A)  Pengetahuan Profesionalisme (60%)

  • Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
  • Kandungan dan kaedah pedagogi
  • Pengurusan kurikulum
  • Kreativiti dan Inovasi pedagogi

B)  Kemahiran Profesionalisme (20%)

  • Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan Strategik

C)  Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)

  • Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills

Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i)   Sinopsi buku
ii)  Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

Program Pemulihan 3M PROTIM

Program Pemulihan 3M (PROTIM) Tahun 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jemaah Nazir Sekolah dengan kerjasama JPN dan PPD akan meneruskan Program Pemulihan 3M (PROTIM) Tahun4 dan Tahun5 bagi memastikan murid-murid Tahap 2 boleh menguasai kemahiran mengira dan mempunyai asas Matematik yang kukuh sebelum melangkah ke perinkat Sekolah Menengah.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaannya perlu dijalankan dalam waktu Matematik atau mengikut budi bicara pentadbir sekolah. Tuan boleh membuat pengubahsuaian jadual waktu, namun perlu mamastikan pelaksanaanya tercapai. Pemantauan perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir bagi memastikan program ini berjalan lancar mengikut perancangan. Guru-guru Matematik juga dikehendaki memanfaatkan penggunaan Modul PROTIM yang sedia ada di sekolah masing-masing dengan sebaik mungkin.

Bersama-sama dengan ini disertakan Carta Alir Program PROTIM untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Guru matapelajaran dikehendaki mematuhi pelaksanaan Pra Ujian dan Pasca Ujian PROTIM Tahun 4 dan Tahun 5 agar data ujian tersebut dapat dihantar kepada pihak yang bertanggungjawab mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.


Tahun Baru Cina 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010

Admin CikguBlog ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru di malaysia terutama bagi mereka yang menyambutnya. Kepada yang bukan cikgu, admin juga ingin berterima kasih kerana sudi melawat ke laman web khas untuk guru dan disini saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakyat malaysia. Sekian terima kasih. HAPPY HOLIDAY !!!

KPLI Ambilan Jun 2010

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLR SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Memiliki Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  • Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan

  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikut Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Cara Mengemukakan Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
  • Tarikh tutup permohonan : 21 Februari 2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru, silalah memohon kursus ini. Sekian terima kasih.

Kursus KPLSPM 2010

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

1.  Keterangan Program:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus adalah Sepenuh Masa

2.  Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut.
  • Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan)

3.  Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bidang pengkhususan yang ditawarkan beloh merujuk pada laman web http://www.moe.gov.my

4.  Cara Memohon

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang (website) Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my bermula 8 Februari 2010.
  • Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama tuntuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

5.  Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2010

6.  Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon: 03-88841260/1245/1235/1229/1228/1243

KPLI Ambilan 2010

Syarat Pengambilan KPLI  2010 Lebih Ketat

Bagi melahirkan profesion perguruan yang mempunyai tahap kepakaran tinggi serta berkualiti, syarat pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mulai Tahun 2010 dan seterusnya akan diperketatkan lagi. Kementerian Pelajaran antara lain bakal mewajibkan calon KPLI memiliki kelayakan khusus mata pelajaran tertentu sebelum dibenar mengajar subjek berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin, pengenalan syarat wajib yang lebih ketat itu bagi memastikan guru itu benar-benar pakar dalam sesuatu subjek yang diajar. Dan pada masa yang sama mereka perlu juga betul-betul minat dalam bidang yang mereka ceburi.

“Sebagai contoh, jika calon guru itu ingin mengajar subjek Matematik, dia perlu ada pengkhususan subjek itu dalam ijazahnya. Ia bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus KPLI”, katanya selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010 di Institut Pendidikan Guru.

Tambah Asariah, sebelum ini kementerian menekankan kelayakan calon KPLI berdasarkan kelulusan ijazah pertama daripada pelbagai bidang. Syarat baru itu akan menekankan kelayakan serta pengkhususan khas kepada mata pelajaran yang akan diajar.

Selain itu, katanya, kementerian akan mengadakan pengambilan KPLI pada Januari dan Julai seperti tahun lalu. Pengambilan itu berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat kekurangan guru, kementerian akan membuat pengambilan baru.

Carian Cikgu
Iklaneka
Join Cikgu facebook

MalaysiaCikguBlogging

Teachers Around The World
Free counters!