Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Pihak kerajaan telah memperkenalkan dasar latihan sumber manusia sektor awam yang berkuat kuasa pada 1 January 2005. Matlamat dasar latihan ini adalah untuk pembangunan sumber manusia sejajar dengan kehendak yang terkandung dalam dasar wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang menjelang tahun 2020.
Pada awalnya, tiada sebarang aduan atau rungutan guru yang diterima, tetapi sejak tahun 2007 dan 2008, para guru sudah mula meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar latihan sumber manusia kerana terdapat pelbagai tafsiran di peringkat pelaksanaanya. Antaranya:
1. Semua guru diwajibkan menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran sekolah walaupun guru berkenaan telah menghadiri lebih daripada 7 hari kursus/bengkel/mesyuarat atas arahan KPM/JPN.
2. Guru diminta mengisi buku log yang disediakan pihak sekolah.
3. Ada juga sekolah-sekolah yang meminta para guru membayar untuk menghadiri kursus-kursus LADAP.
4. Guru terpaksa menguruskan kursus, menyediakan laporan dan mencari penceramah sendiri.
5. Terdapat rungutan mengenai Pentadbir Sekolah yang proaktif dan kreatif yang cuba menggunakan buku log LDP untuk Penilaian Markah Prestasi. Ini tidak dibenarkan sama sekali kerana tiada arahan dari pihak kerajaan.
Akibat daripada masalah-masalah yang timbul, pihak NUTP telah mengemukakan pandangan guru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Nutp juga mahu kelonggaran syarat diberikan kepada kumpulan guru yang proaktif, di mana guru-guru yang telah menghadiri kursus/seminar/bengkel melebihi 7 hari dikecualikan dari menghadiri kursus di peringkat sekolah, khasnya pada hari Sabtu.
Sebenarnya, para guru merupakan anggota yang sentiasa diarahkan untuk meningkatkan kompetensi, kualiti kerja, nilai-nilai murni serta sikap positif oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami yakin guru-guru sudah pun memenuhi syarat yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6-2005 dan tidak perlu lagi menghadiri LDP pada hari Sabtu. Sekian terima kasih.
P/S: Artikel ini hanyalah pandangan daripada NUTP. Sila lawati www.NUTP.org untuk maklumat lebih lanjut.
January 28, 2010 - 9:10 pm
salam..pertanyaan kepada pihak berkenaan…siapakah yg harus mengendalikan LDP ini..guru biasa yg baru dipostingkan atau ketua bidang atau kaunselor.berdasarkan maklumat yang diperolehi tugas S/U LDP dikendalikan oleh ketua bidang atau kaunselor..mohon balas
February 11, 2010 - 8:27 pm
Biasanya Kursus LDP ini akan dikendalikan oleh guru yang berpengalaman seperti ketua bidang atau kaunselor sekolah. Tetapi kalau diminta, guru baru juga boleh dilantik untuk tugas ini dengan syarat bantuan oleh seorang guru berpengalaman. Sekian. Selamat bertugas.