Kursus Sijil Perguruan Khas
Kursus Dalam Perkhidmatan 1 Tahun Ambilan 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah KPM memohon mengikut Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun (1 Januari – 31 Disember 2010).
Syarat dan Kelayakan Am:
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Tidak pernah mengikut Kursus Sijil Perguruan Khas.
- Memiliki Ijazah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
- Telah melepasi tahap TK1 dalam peperiksaan PTK semasa memohon.
- Telah disahkan dalam jawatan.
- Tidak mengikut sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh atau Luar Kampus.
- Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut.
- Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
- Umur tidak melebihi 43 tahun bagi bidang Pendidikan Jasmani dan 50 tahun bagi lain-lain bidang pada atau sebelum 1 Januari 2010.
Bidang dan Pusat Kursus:
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani
- TESL
- Bahasa Tamil
- Bahasa Cina
- Pendidikan Pemulihan Khas
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Kemahiran Hidup
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Khas Masalah Penlihatan
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Sains
- Matematik
- Pendidikan Al-Quran
- Pendidikan Islam
- Bahasa Arab
- Pendidikan Prasekolah
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru: Tel: 03-88841315/1308/1311 Faks: 03-88893570
Share on Facebook
This entry was posted on October 28, 2009, 10:51 pm and is filed under Kursus, Pendidikan Khas. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0.
You can leave a response, or trackback from your own site.
November 8, 2009 - 5:58 pm
Salam. Had umur tu bukan sebelum 1 Januari 2010 tapi yang sebenarnya ialah sebelum 1 Julai 2010 (sebagaimana dalam iklan KPM). Sorry, saya mohon copy bahan-bahan dari blog ini untuk disebarluaskan. Terima kasih.