Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Aug 19th
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan perubahan terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan kembali kepada dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing mulai tahun 2012.
Pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata beliau pelajar yang terlibat dalam program PPSMI itu mempunyai pilihan dan kebebasan untuk menjawab soalan peperiksaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Cara ini dapat melegakan kebimbangan ibu bapa dan memberi peluang untuk bergerak secara perlahan-lahan ke dalam sistem baru. Sekian.
Jul 13th
1) Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) sebanyak 10% daripada gaji pokok untuk Guru Bukan Siswazah dan 5% untuk Guru Siswazah yang mengajar ketiga-tiga subjek tersebut diperkenalkan mulai tahun 2003.
2) Para guru yang terlibat juga dikehendaki menjalani kursus ETEMS untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran mereka dalam Bahasa Inggeris.
3) Sekolah telah dibekalkan dengan komputer riba dan LCD serta Bahan Bantu Mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk subjek-subjek yang berkenaan.
4) Projek Rangkaian Schoolnet yang menyambungkan semua sekolah di Malaysia dalam satu jaringan rangkaian berkelajauan 1Mbps (muat turun) dan 128kbps (muat naik) telah diperkenalkan. Projek ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia membolehkan setiap sekolah mempunayai capaian ke internet. Projek ini dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tempoh lima tahun dengan jumlah anggaran kos sebanyak Rm374.20 juta. Sehingga tahun 2009, sebanyak sepuluh ribu sekolah telah dirangkaikan.
Jul 8th
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimansuhkan sepenuhnya pada Tahun 2012, iaitu tiga tahun lagi dari sekarang. Pengumuman ini baru dibuat oleh menteri pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bahawa di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2012. Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementerian untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris. Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai PPSMI.
Ada pihak yang memberi pandangan bahawa PPSMI perlu dimansuhkan mulai tahun depan iaitu 2010. Namun begitu, ada baiknya kalau PPSMI dimansuhkan tiga tahun lagi akan datang supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam perubahan ini. Pada masa yang sama, pihak penerbit buku atau program perisian cd boleh mangambil masa ini untuk membangunkan perisian baru yang menggunakan BM.
Persoalan sekarang ialah: Apa pula akan terjadi pada peralatan-peralatan PPSMI di sekolah seperti laptop dan projector? Perlu dikembalikan kepada KPM? Selepas ini, mungkin CD dan program pengajaran perlu menggunakan perisian dalam bahasa Melayu? Ini bermakna berjuta-juta ringgit lagi diperlukan untuk pembangunan CD perisian dalam bahasa Melayu pula.
Apa pula cerita dengan UPSR? Pening kepala guru-guru Sains nak menukar istilah, cara-cara menjawab dan sebagai nya. Apa-apa pun mari lah kita berdoa agar sistem pendidikan kita akan bertambah baik dan maju untuk kebaikan generasi akan datang. Sekian.
Komen Cikgu