KPLI Ambilan 2010

Syarat Pengambilan KPLI  2010 Lebih Ketat

Bagi melahirkan profesion perguruan yang mempunyai tahap kepakaran tinggi serta berkualiti, syarat pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mulai Tahun 2010 dan seterusnya akan diperketatkan lagi. Kementerian Pelajaran antara lain bakal mewajibkan calon KPLI memiliki kelayakan khusus mata pelajaran tertentu sebelum dibenar mengajar subjek berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin, pengenalan syarat wajib yang lebih ketat itu bagi memastikan guru itu benar-benar pakar dalam sesuatu subjek yang diajar. Dan pada masa yang sama mereka perlu juga betul-betul minat dalam bidang yang mereka ceburi.

“Sebagai contoh, jika calon guru itu ingin mengajar subjek Matematik, dia perlu ada pengkhususan subjek itu dalam ijazahnya. Ia bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus KPLI”, katanya selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010 di Institut Pendidikan Guru.

Tambah Asariah, sebelum ini kementerian menekankan kelayakan calon KPLI berdasarkan kelulusan ijazah pertama daripada pelbagai bidang. Syarat baru itu akan menekankan kelayakan serta pengkhususan khas kepada mata pelajaran yang akan diajar.

Selain itu, katanya, kementerian akan mengadakan pengambilan KPLI pada Januari dan Julai seperti tahun lalu. Pengambilan itu berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat kekurangan guru, kementerian akan membuat pengambilan baru.

Kursus Sijil Perguruan Khas

Kursus Dalam Perkhidmatan 1 Tahun Ambilan 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah KPM memohon mengikut Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun (1 Januari – 31 Disember 2010).

Syarat dan Kelayakan Am:

Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Tidak pernah mengikut Kursus Sijil Perguruan Khas.
  2. Memiliki Ijazah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
  5. Telah melepasi tahap TK1 dalam peperiksaan PTK semasa memohon.
  6. Telah disahkan dalam jawatan.
  7. Tidak mengikut sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh atau Luar Kampus.
  8. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut.
  9. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
  10. Umur tidak melebihi 43 tahun bagi bidang Pendidikan Jasmani dan 50 tahun bagi lain-lain bidang pada atau sebelum 1 Januari 2010.

Bidang dan Pusat Kursus:

  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • TESL
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Pemulihan Khas
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Khas Masalah Penlihatan
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Sains
  • Matematik
  • Pendidikan Al-Quran
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Prasekolah

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru: Tel: 03-88841315/1308/1311 Faks: 03-88893570

Kursus Dalam Perkhidmatan

KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme Ambilan 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah/ Lepasan Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara.

Nama Kursus: KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme Ambilan 2009
Tempoh Pengajian: 26/27 Julai – 29/30 Oktober 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 12 Jun 2009

Syarat Dan Kelayakan Am:
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Julai 2009.
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau S.P.M (Vokasional)
  3. Memiliki Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah.
  4. Memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah/lepasan diploma.
  5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
  6. Telah disahkan dalam jawatan.
  7. Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh KPM.
  8. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikut kursus tersebut.
  9. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
  10. Umur tidak melebihi 50 tahun pada atau sebelum 1 Julai 2009.

Bidang Kursus Yang Ditawarkan:

  1. Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR)
  2. Teater Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR)
  3. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SR)
  4. Pendidikan Khas Disleksia (SR)
  5. Media dalam Pendidikan Islam (SR)
  6. Pengajaran Kesusasteraan Melayu dalam BM (SM)
  7. Pendidikan Bahasa Arab Komunikasi (SM)
  8. Qiraat dan Taranum (SM/SR)
  9. Creative Teaching In Mathematics (SR)
  10. Creative Teaching In Science (SR)
  11. Remediation In Mathematics (SR)
  12. Enhancing English Language Teaching Practices (SM/SR)

Cara Mengemukakan Permohonan:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian ini. Permohonan boleh dibuat mulai 10 Mei 2009. Calon perlu cetak borang permohonan yang teah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Sekian terima kasih daripada Admin CikguBlog.


Program KDP 14 Minggu

Program Kursus Dalam Perkhidmatan 2009

Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah Ambilan Jun 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mempelawa Pagawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk memohon mengikuti Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran.

Program ini dijalankan dalam tempoh selama 14 minggu secara mode sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 15 Jun 2009 hingga 18 September 2009.

Peserta yang lulus peperiksaan program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian.

Permohonan telah dibuka pada 23 Mac 2009 melalui http://www.moe.gov.my. Maka cikgu yang berminat untuk memohon kursus ini bolehlah cepat-cepat pergi ke laman web KPM dan mendaftar secara online. Permohonan akan ditutup pada 17 April 2009. Sekian terima kasih daripada admin cikgublog.

Pengajian Tinggi Negara

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA PEMANGKIN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dan komited untuk mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan berkualiti serta sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan terutamanya pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) komited dalam memberi khidmat bantu terbaik kepada pihak-pihak berkepentingan di atas.

Permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian dibuka mulai 3 Februari 2009
jam 12.00 tengah hari yang lalu. Calon perlu mengemukakan permohonan dengan menggunakan Nombor Unik ID dan Nombor Kad Pengenalan / My Kad serta Kata Laluan. Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan SPM, STPM dan STAM tahun 2008 diumumkan.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah membangunkan Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA iaitu http://upu.mohe.gov.my. Laman web ini mengandungi e-panduan (syarat am dan syarat khas program, panduan permohonan), e-borang (Lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma), semakan status (permohonan, keputusan, panggilan temu duga, panggilan ujian serta pelbagai infomasi).

Sehubungan itu dalam memantapkan pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian, pada sesi akademik 2009/2010 pemohon boleh membeli Nombor Unik ID di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di semua mesin ATM (Auto Teller Machine) yang berfungsi 22 jam sehari di seluruh negara serta SMS Banking bagi pemegang akaun BSN sehari selepas iklan pelawaan disiarkan sehingga tarikh tutup permohonan.

Semoga anda berjaya memohon kursus IPT Negara. Sekian terima kasih daripada admin cikgublog.

Kursus Perguruan Lepas SPM

Kursus Perguruan Lepas SPM Tahun 2009

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN
LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
AMBILAN 2009

{Kementerian Pelajaran Malaysia Mempelawa Calon-Calon Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yang Berkelayakan, Berpotensi, Berminat Dan Beriltizam Untuk Mengikut Salah Satu Program Yang Ditawarkan Dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Seperti Di Bawah:}

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.

Sesiapa yang ada minat untuk memohon kursus ini, boleh muat turun e-panduan tentang cara-cara dan syarat-syarat untuk memohon kursus KPLSPM  ambilan Tahun 2009. Sila klik pada gambar buku e-panduan yang disediakan oleh admin cikgublog secara percuma. Semoga anda mendapat manfaat daripada e-panduan ini. Sekian terima kasih.

Tolong hantar LINK ini kepada kawan anda yang ingin memohon kursus perguruan dengan klik logo ‘TELL A FRIEND‘ di bawah.  Malaysia memerlukan guru seperti anda. Sekian terima kasih daripada Admin CikguBlog.
Tell a Friend

e-Panduan KPLSPM

Kursus Dalam Perkhidmatan

Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Tahun 2009 Institut Aminuddin Baki Secara On-Line

“National Institute Of Educational Management And Leadership”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacitanya dimaklumkan mulai tahun 2009 Institut Aminuddin Baki akan melaksanakan pendaftaran kursus secara On-line bagi setiap kursus anjuran Institut Aminuddin Baki. Permohonan dan pendaftaran kursus boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Kursus (SPKO) yang boleh dilayari melalui laman web Institut Aminuddin Baki (IAB) iaitu http://www.iab.edu.my atau http://www2.moe.gov.my/~iab/ yang juga boleh memuat turun segala peraturan dan syarat-syarat kursus. Berharap dengan adanya sistem yang canggih ini, lebih ramai cikgu bersedia untuk memohon mengikuti kursus yang diminati masing-masing demi kecermelangan prefesional guru. Sekian daripada admin Cikgublog.

Pengenalan
Sistem Permohonan Kursus Online (SPK-ONLINE) dibangunkan oleh staf dari Jabatan Aplikasi Komputer Dalam Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan Active Server Page (ASP), Pengkalan Data Microsoft Access dan Server IIS.

Objektif

  • Membantu staf IAB dalam melaksanakan tugas harian;
  • Mengurus dan memantau maklumat berkaitan kursus dengan cara yang lebih sistematik dan efisien;
  • Meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti kerja dari segi kecekapan dan kepantasan masa;
  • Meningkatkan  efisiensi  pengurusan kewangan latihan.

Kebaikan

  • Pelanggan IAB boleh memohon kursus secara online, dengan cara ini liputan peserta kursus akan lebih meluas.
  • Pihak IAB boleh membuat persediaan dan perancangan berkaitan dengan sesuatu kursus kerana data dan maklumat berkaitan dengan peserta kursus telah tersedia .