Kursus LDP 2010

BPG: Kursus LDP 2010 Secara School Based

Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara ‘PEMBACAAN BUKU‘ Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.

Pengenalan

  1. Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
  2. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
  3. In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
  4. Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.

Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)

A)  Pengetahuan Profesionalisme (60%)

  • Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
  • Kandungan dan kaedah pedagogi
  • Pengurusan kurikulum
  • Kreativiti dan Inovasi pedagogi

B)  Kemahiran Profesionalisme (20%)

  • Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan Strategik

C)  Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)

  • Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills

Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i)   Sinopsi buku
ii)  Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

LADAP Sekolah 2009

Dasar ‘Latihan Dalam Perkhidmatan’

Pihak kerajaan telah memperkenalkan dasar latihan sumber manusia sektor awam yang berkuat kuasa pada 1 January 2005. Matlamat dasar latihan ini adalah untuk pembangunan sumber manusia sejajar dengan kehendak yang terkandung dalam dasar wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang menjelang tahun 2020.

Pada awalnya, tiada sebarang aduan atau rungutan guru yang diterima, tetapi sejak tahun 2007 dan 2008, para guru sudah mula meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar latihan sumber manusia kerana terdapat pelbagai tafsiran di peringkat pelaksanaanya. Antaranya:

1.  Semua guru diwajibkan menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran sekolah walaupun guru berkenaan telah menghadiri lebih daripada 7 hari kursus/bengkel/mesyuarat atas arahan KPM/JPN.

2.  Guru diminta mengisi buku log yang disediakan pihak sekolah.

3.  Ada juga sekolah-sekolah yang meminta para guru membayar untuk menghadiri kursus-kursus LADAP.

4.  Guru terpaksa menguruskan kursus, menyediakan laporan dan mencari penceramah sendiri.

5.  Terdapat rungutan mengenai Pentadbir Sekolah yang proaktif dan kreatif yang cuba menggunakan buku log LDP untuk Penilaian Markah Prestasi. Ini tidak dibenarkan sama sekali kerana tiada arahan dari pihak kerajaan.

Akibat daripada masalah-masalah yang timbul, pihak NUTP telah mengemukakan pandangan guru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Nutp juga mahu kelonggaran syarat diberikan kepada kumpulan guru yang proaktif, di mana guru-guru yang telah menghadiri kursus/seminar/bengkel melebihi 7 hari dikecualikan dari menghadiri kursus di peringkat sekolah, khasnya pada hari Sabtu.

Sebenarnya, para guru merupakan anggota yang sentiasa diarahkan untuk meningkatkan kompetensi, kualiti kerja, nilai-nilai murni serta sikap positif oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami yakin guru-guru sudah pun memenuhi syarat yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6-2005 dan tidak perlu lagi menghadiri LDP pada hari Sabtu. Sekian terima kasih.

P/S: Artikel ini hanyalah pandangan daripada NUTP. Sila lawati www.NUTP.org untuk maklumat lebih lanjut.