Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Feb 11th
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah:
1. Keterangan Program:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus adalah Sepenuh Masa
2. Syarat dan Kelayakan Asas
3. Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4. Cara Memohon
5. Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2010
6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon: 03-88841260/1245/1235/1229/1228/1243
Mar 10th
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN
LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
AMBILAN 2009
{Kementerian Pelajaran Malaysia Mempelawa Calon-Calon Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yang Berkelayakan, Berpotensi, Berminat Dan Beriltizam Untuk Mengikut Salah Satu Program Yang Ditawarkan Dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Seperti Di Bawah:}
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.
Sesiapa yang ada minat untuk memohon kursus ini, boleh muat turun e-panduan tentang cara-cara dan syarat-syarat untuk memohon kursus KPLSPM ambilan Tahun 2009. Sila klik pada gambar buku e-panduan yang disediakan oleh admin cikgublog secara percuma. Semoga anda mendapat manfaat daripada e-panduan ini. Sekian terima kasih.
Tolong hantar LINK ini kepada kawan anda yang ingin memohon kursus perguruan dengan klik logo ‘TELL A FRIEND‘ di bawah. Malaysia memerlukan guru seperti anda. Sekian terima kasih daripada Admin CikguBlog.

Komen Cikgu