Posted by Admin in Cikgu ...
Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
- Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
- Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
- Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
- Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
- Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
- Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
- Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
- Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
Share on Facebook
Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” -
Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.
Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.
Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.
Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
- Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
- Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
- Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
- Meningkatkan motivasi guru.
- Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
- Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
- Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
- Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).
Share on Facebook
Posted by Cikgu in Berita ...
Program Kursus Dalam Perkhidmatan 2009
Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah Ambilan Jun 2009
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mempelawa Pagawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk memohon mengikuti Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran.
Program ini dijalankan dalam tempoh selama 14 minggu secara mode sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 15 Jun 2009 hingga 18 September 2009.
Peserta yang lulus peperiksaan program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian.
Permohonan telah dibuka pada 23 Mac 2009 melalui http://www.moe.gov.my. Maka cikgu yang berminat untuk memohon kursus ini bolehlah cepat-cepat pergi ke laman web KPM dan mendaftar secara online. Permohonan akan ditutup pada 17 April 2009. Sekian terima kasih daripada admin cikgublog.
Share on Facebook
Posted by Cikgu in Cikgu ...
Cara-cara Untuk Memohon Menjadi Seorang Guru
Institut perguruan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah. Semua institut pendidikan guru (IPG) ini dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:
- Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
- Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Latihan Pra Perguruan:
1) Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.
2) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.
Disini saya sertai juga senarai maktab-maktab perguruan di Malaysia sebagai panduan rujukan.
Maktab Perguruan
1) Maktab Perguruan Batu Lintang
2) Maktab Perguruan Batu Pahat
3) Maktab Perguruan Besut
4) Institut Perguruan Darul Aman
5) Maktab Perguruan Gaya
6) Maktab Perguruan Ilmu Khas
7) Maktab Perguruan Ipoh
8.) Maktab Perguruan Islam Bangi
9.) Maktab Perguruan Keningau
10) Maktab Perguruan Kent
11) Maktab Perguruan Kinta Ipoh
12) Maktab Perguruan Kota Bharu
13) Maktab Perguruan Kuala Terengganu
14) Maktab Perguruan Mohd. Khalid
15) Maktab Perguruan Perempuan Melayu
16) Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
17) Maktab Perguruan Raja Melewar
18) Maktab Perguruan Rajang
19) Maktab Perguruan Sains Bintulu
20) Maktab Perguruan Sandakan
21) Maktab Perguruan Sarawak
22) Maktab Perguruan Sri Kota
23) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
24) Maktab Perguruan Teknik
25) Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
26) Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan
27) Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Semoga anda berjaya menjadi seorang guru yang disanjungi.
‘GURU MALAYSIA BOLEH‘
Share on Facebook
Komen Cikgu