Archive for the ‘Festival’ Category
Hari Buku Sedunia 2010
Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 2010
LATAR BELAKANG DAN RASIONAL HARI BUKU SEDUNIA
Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day).
Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiantan penerbitan dan perbukuan, dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) telah menyarankan supaya Hari Buku dan Hak Cipta Sdunia tahun 2010 disambut di peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca warga sekolah.
Oleh itu, sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas pada 23 April 2010 atau tarikh lain yang sesuai untuk merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Antara aktiviti pembacaan dan pembuku yang dapat mengembangkan budaya membaca di kalangan warga sekolah ialah Resensi buku, Bercerita, Sepetang bersama penulis, Mewarna, Membaca bersama, Tukar buku suka sama suka, Bicara buku, Tokoh membaca dan lain-lain aktiviti yang menjurus ke arah memantapkan budaya membaca.
Objektif Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia boleh dibaca melalui laman web SK Cator Avenue.
Semoga aktiviti Hari Buku dan Hak Cipta Sednia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak terutamanya guru dan murid agar dapat wujud kesedaran tentang pentingnya amalan membaca dan pengiktirafan kepada penulis yang telah memerah otak berkarya untuk tatapan umum. Sekian terima kasih.
Tahun Baru Cina 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010
Admin CikguBlog ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru di malaysia terutama bagi mereka yang menyambutnya. Kepada yang bukan cikgu, admin juga ingin berterima kasih kerana sudi melawat ke laman web khas untuk guru dan disini saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakyat malaysia. Sekian terima kasih. HAPPY HOLIDAY !!!
Merry Christmas & Happy New Year
Happy Christmas And Happy New Year 2010
Kepada semua Guru Malaysia yang beragama Kristian dan menyambut Hari Krismas, admin CikguBlog ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan: ” MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR 2010 “.
Selepas menyambut perayaan ini, maknanya cuti sekolah sudah hampir tamat dan tahun yang baru 2010 pun akan tiba. Mulai minggu ini, banyak sekolah sudah mula bermesyuarat tentang tugas-tugas yang akan diberikan kepada cikgu.
Admin CikguBlog berharap pada tahun yang baru ini, kita semua sebagai cikgu yang mantap akan dapat merealisasikan matlamat atau objektif sekolah untuk menjayakan segala program yang akan dijalankan disepanjang tahun 2010.
Cikgu Mantap, Murid Cerdas, Masyarakat Maju dan Akhirnya Malaysia Berjaya! Sekian terima kasih.
Selamat Deepavali 2009
Cikgu Menyambut Hari Deepavali 2009
Admin CikguBlog ingin mengucapakn selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua guru dan murid terutama bagi mereka yang beragama Hindu. Semoga kita semua dapat menyambut hari yang mulia ini dengan hati yang terbuka dan gembira. Sekian terima kasih.

Hari Raya Aidilfitri 2009
Cikgu, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Harap masih tidak lambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru dan pengunjung CikguBlog.com . Saya sebagai pengurusan CikguBlog ingin memohon maaf atas kekurangan yang diberikan kepada cikgu sepanjang tahun ini. Terima kasih atas sokongan anda semua. Di harap kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadi guru yang terbaik pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
Hari Guru Malaysia 2009
Selamat Menyambut Hari Guru 2009

Keikhlasanmu Guru
Inginku Selami Hatimu Guru
Mengenal Keperibadian Murnimu
Betapa Dirimu Dalam Ketabahan
Gigih Menggenggam Tanggungjawab
Tiada Kedengaran Bosan Dibibir
Ingin Sekali Aku Menjadi Sepertimu Guru
Tiada kelihatan Jemu Rautmu
Tak Pernah Kenal Erti Penat
Tidak Meminta Puji Dan Puja
Memancarkan Sinar Ilmumu Sepenuh Rela
Kini Telah Aku Buktikan
Betapa Aku Adalah Sepertimu
Ingin Berjasa Di Medan Ilmu
Mangajar Dan Mendidik Anak Bangsa
Cekal Dan Tabah Menempuh Dugaan
Kini Bersamalah Kita
Mengharungi Dugaan Dan Cabaran
Jujur Dan Ikhlas Kita Berbakti
Bersama Menadah Tangan Dengan Doa Restu
Kepada Tuhan Menjanjikan Pembalasan
(Jasamu Dihargai)
Selamat Hari Guru
Hari Bumi 2009
Cikgu Harus Mengajar Murid Mencintai Bumi

2009, 22 April: Hari ini ialah Hari Bumi , kita melihat bagaimana The Green Generation CampaignTM yang akan fokus pada Festival Loving Earth. Dengan perjanjian iklim global yang baru disetujui pada Desember lalu, Hari Bumi 2009 harus menjadi hari tindakan dan penglibatan semua lapisan masyarakat, untuk membela prinsip The Green GenerationTM iaitu Cinta Bumi, Kasih Bumi dan Tolong Bumi.
* Kurangkan karbon bebas pada masa akan datang berdasarkan energi yang akan berakhir. Jangan kita terlalu bergantung pada bahan bakar fosil, termasuk batubara. Gunakan energi yang boleh diperbaharui.
* Setiap komitmen untuk bertanggung jawab menjaga bumi berlanjutan ke generasi muda baru.
* Ciptaan baru dalam ekonomi hijau yang akan membantu setiap orang keluar dari kemiskinan dengan menciptakan jutaan pekerjaan berkualiti dan juga mentransformasikan sistem pendidikan kepada global hijau.
Di bawah payung dari The Green GenerationTM, ribuan acara pada saat ini sedang direncanakan di sekolah-sekolah, masyarakat, desa dan kota-kota di seluruh dunia. Kami ingin membuat Hari Bumi bermakna dan menanti waktu untuk berubah. Jadi daftarlah diri sebagai seorang pencinta alam untuk mengembalikan dan memberikan bumi kembali ke masyarakat sedunia!
Cikgu Menyambut Hari Kekasih
Selamat Menyambut Hari Kekasih & Happy Valentine’s Day
Cikgu, bagi sesiapa yang ada menyambut Hari Kekasih, iaitu hari yang sangat bermakna dan istimewa terutama bagi mereka yang masih bercinta atau suami isteri yang saling mencintai, admin cikgublog ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kekasih dan Happy Valentine’s Day kepada semua Cikgu di Malaysia! Inilah juga hari dimana cikgu-cikgu lelaki boleh memberi hadiah atau bunga kepada cikgu-cikgu perempuan yang masih menanti-nantikan tanda kasih terhadap mereka. Ingat, tunjukkan rasa cinta dan tanda kasih sayang kamu secara berbudi dan jangan terlepas peluang jika sudah terjumpa seseorang cikgu yang dicintai. Akhir sekali, hari ini adalah ‘special’ dan kita mesti juga mengingatkan jasa ibubapa kita yang sudah mendidik kita menjadi seorang guru yang berguna kepada masyarakat. Maka jangan kita lupa memberikan hadiah kepada ‘kekasih’ kita iaitu Ibubapa kita sebagai tanda kasih terhadap mereka supaya jasa mereka selalu diingati. Klik sini untuk maklumat selanjutnya berkenaan ‘Cari Cinta Sejati’ atau ‘Find Your True Love‘. Sekian terima kasih.
Hari THAIPUSAM
Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2009
Kepada semua warga Malaysia terutama kaum India yang beragama Hindu, kepada semua cikgu di Malaysia terutama cikgu India berpenganut Hindu: ‘Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2009‘ daripada admin CikguBlog dotcom. Semoga rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai. Semoga cikgu-cikgu di Malaysia dapat mengajar dengan lebih berkesan dan efektif dalam suasana yang harmoni. ‘Happy Thaipusam Cikgu!’
![Hari Buku (3) [m] Hari Buku (3) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2010/05/Hari-Buku-3-m-150x150.jpg)
![Hari Buku (8) [m] Hari Buku (8) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2010/05/Hari-Buku-8-m-150x150.jpg)
![Hari Buku (11) [m] Hari Buku (11) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2010/05/Hari-Buku-11-m-150x150.jpg)
![Hari Buku (29) [m] Hari Buku (29) [m]](http://www.cikgublog.com/wp-content/uploads/2010/05/Hari-Buku-29-m-150x150.jpg)







