Archive for the ‘Cikgu’ Category

Imbuhan Insentif Wang Sekolah

Prestasi Sekolah Meningkat,
Guru Turut Dapat Imbuhan Insentif Wang.

Jika selama ini hanya pentadbir sekolah, iaitu pengetua dan guru besar diberi insentif, termasuk kenaikan pangkat kerana meningkatkan prestasi sekolah, mulai tahun depan guru turut diberi penghargaan yang sama. Pemberian insentif yang dilaksanakan melalui Pelan Menambahbaik Sekolah-Sekolah itu akan turut meliputi guru kerana mereka turut menyumbang kepada prestasi dan pencapaian sekolah masing-masing, sama ada di bandar atau luar bandar.

Dalam satu sekolah, pemimpin itu adalah pengetua atau guru besar, tetapi bila sekolah itu meningkat, insentif bukan diberi oleh pengetua sahaja, tetapi guru pun dapat kerana peranan itu bukan dimainkan oleh seorang pemimpin dalam sekolah sahaja, tetapi semua guru bekerjasama dan jika pengetua dapat kredit, guru juga dapat insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan, termasuk kenaikan pangkat.

Insentif wang ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan kepemimpinan cemerlang seperti mampu meningkatkan prestasi, walaupun dengan peruntukan kecil diperoleh. Akhir kata, guru perlu memberi kerjasama membantu kementerian mencapai matlamat holistik yang digariskan dalam Bidang Keherhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan serta melahirkan insan kamil dan modal insan berkualiti. Sekian.

Sumber: KOMPAS KKGLMSM (Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia)

Beban Tugas Guru

Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru

Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru, dan salah satunya ialah KPPK atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. KPPK telah momohon supaya keutamaan diberikan kepada beberapa perkara berikut :

1.  Utamakan kebajikan guru dan tingkatkan kualiti pendidikan.

2.  Kurangkan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah.

3.  Skop kerja guru yang lebih spesifik.

4.  Mewujudkan jawatan Pembantu Murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian.

5.  Lengkapkan semua sekolah dengan kemudahan asas.

6.  Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih mantap untuk guru.

7.  Penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

8.  Asingkan Guru Akademik dan Guru Sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

9.  Guru bertugas lima hari seminggu kecuali sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ruang.

10. Ringkaskan program pemprosesan data supaya semua guru tahu menggunakannya.

Kata-Kata Singkat Utama Pendidikan

Kata Singkat Utama Dlm Pendidikan Malaysia

Disini, admin CikguBlog telah menyediakan beberapa kata-kata singkat utama dalam bidang pendidikan di Malaysia. Terdapat ramai guru yang belum atau masih kurang pasti lagi tentang kata singkat yang wujud di laman web sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri atau portal rasmi Pendidikan Negara Malaysia. Maka dengan adanya maklumat ini, guru-guru dapatlah memahami istilah kata-kata singkat yang wujud dengan lebih teliti tidak kira di buku, surat rasmi atau di website pendidikan. Harap-harap maklumat ini dapat membantu cikgu dalam menjalankan tugas harian di sekolah. Sekian terima kasih.

AUKU: Akta Universiti dan Kolej Universiti
BPG: Bahagian Pendidikan Guru
BPI: Bahagian Pendidikan Islam
BPK: Bahagian Pendidikan Khas
BPPDP: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BPSH: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
BPSM: Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
BPTV: Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
BRP: Buku Rekod Perkhidmatan
BT: Bahagian Tajaan Pendidikan
BTN: Biro Tatanegara
CBSG: Cuti Belajar Separuh Gaji
CBTG: Cuti Belajar Tanpa Gaji
COLA: Cost of Living Allowance (Bantuan Sara Hidup)
HEP: Hal Ehwal Pelajar
IAB: Institut Aminuddin Baki
IPG: Institut Pendidikan Guru
IPTA: Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS: Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JAN: Jabatan Akauntan Negara
JPA: Jabatan Perkhidmatan Awam
JPN: Jabatan Pelajaran Negeri
KJ: Ketua Jabatan
KPM:Kementerian Pelajaran Malaysia
KSU: Ketua Setiausaha
LHDN:  Lembaga Hasil Dalam Negeri
LNPT: Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
MARA: Majlis Amanah Rakyat
PIPP: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PKPG: Program Khas Pensiswazahan Guru
PNGK: Purata Nilaian Gred Kumulatif
PPD: Pejabat Pelajaran Daerah
PPG: Pejabat Pelajaran Gabungan
PPGB: Program Pensiswazahan Guru Besar
PPP: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
PPPLD: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
PPPS: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
PTJ: Pusat Tanggungjawab
PTK: Penilaian Tahap Kecekapan
PTPTN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
PUU :P enasihat Undang-undang
SISPADU:Sistem Maklumat Bersepadu

Sikap Dan Akauntabiliti Guru

Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

  1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
  2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
  3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
  5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

  1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
  2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
  4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
  5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
  6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

Hari Guru Malaysia 2009

Selamat Menyambut Hari Guru 2009

Hari Guru 2009

Keikhlasanmu Guru

Inginku Selami Hatimu Guru
Mengenal Keperibadian Murnimu
Betapa Dirimu Dalam Ketabahan
Gigih Menggenggam Tanggungjawab
Tiada Kedengaran Bosan Dibibir

Ingin Sekali Aku Menjadi Sepertimu Guru
Tiada kelihatan Jemu Rautmu
Tak Pernah Kenal Erti Penat
Tidak Meminta Puji Dan Puja
Memancarkan Sinar Ilmumu Sepenuh Rela

Kini Telah Aku Buktikan
Betapa Aku Adalah Sepertimu
Ingin Berjasa Di Medan Ilmu
Mangajar Dan Mendidik Anak Bangsa
Cekal Dan Tabah Menempuh Dugaan

Kini Bersamalah Kita
Mengharungi Dugaan Dan Cabaran
Jujur Dan Ikhlas Kita Berbakti
Bersama Menadah Tangan Dengan Doa Restu
Kepada Tuhan Menjanjikan Pembalasan

(Jasamu Dihargai)
Selamat Hari Guru

Program KDP 14 Minggu

Program Kursus Dalam Perkhidmatan 2009

Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah Ambilan Jun 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mempelawa Pagawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk memohon mengikuti Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran.

Program ini dijalankan dalam tempoh selama 14 minggu secara mode sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 15 Jun 2009 hingga 18 September 2009.

Peserta yang lulus peperiksaan program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian.

Permohonan telah dibuka pada 23 Mac 2009 melalui http://www.moe.gov.my. Maka cikgu yang berminat untuk memohon kursus ini bolehlah cepat-cepat pergi ke laman web KPM dan mendaftar secara online. Permohonan akan ditutup pada 17 April 2009. Sekian terima kasih daripada admin cikgublog.

Ciri-ciri Seorang Guru

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:

  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
  12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CikguBlog berharap supaya kesemua 17 ciri-ciri pada seorang guru berkesan perlu dipupuk pada setiap guru di Malaysia. Sekian terima kasih.

Institut Perguruan

Cara-cara Untuk Memohon Menjadi Seorang Guru

Institut perguruan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah. Semua institut pendidikan guru (IPG) ini dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

  • Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
  • Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Latihan Pra Perguruan:

1) Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

2) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

Disini saya sertai juga senarai maktab-maktab perguruan di Malaysia sebagai panduan rujukan.

Maktab Perguruan


1) Maktab Perguruan Batu Lintang
2) Maktab Perguruan Batu Pahat

3) Maktab Perguruan Besut

4) Institut Perguruan Darul Aman
5) Maktab Perguruan Gaya
6) Maktab Perguruan Ilmu Khas
7) Maktab Perguruan Ipoh
8.) Maktab Perguruan Islam Bangi
9.) Maktab Perguruan Keningau
10) Maktab Perguruan Kent
11) Maktab Perguruan Kinta Ipoh
12) Maktab Perguruan Kota Bharu
13) Maktab Perguruan Kuala Terengganu
14) Maktab Perguruan Mohd. Khalid
15) Maktab Perguruan Perempuan Melayu
16) Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
17) Maktab Perguruan Raja Melewar
18) Maktab Perguruan Rajang
19) Maktab Perguruan Sains Bintulu
20) Maktab Perguruan Sandakan
21) Maktab Perguruan Sarawak
22) Maktab Perguruan Sri Kota
23) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
24) Maktab Perguruan Teknik
25) Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
26) Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan
27) Maktab Perguruan Tuanku Bainun

Semoga anda berjaya menjadi seorang guru yang disanjungi.
GURU MALAYSIA BOLEH

Blogging Webs For Teachers

10 Useful Free Blogging Webs For Teachers

Blogging is becoming so popular nowadays among the teachers in the school or in the classroom. Teachers can blog about anything in school to stay in touch with students and also to their parents or they can incorporate blogs from all of the students as a learning tool or ABM (Alat Bantu Mengajar). The beauty of the student blog is that children from primary to high school can blog. No matter how you use the blogs in your classroom or just at your house, these free blogging webs will help all the teachers get started, enhance your experience, or bring the students into the learning fun. Go to the webs below to find out which type of blogs are suitable for you to create your first ‘Cikgu Blog‘ , ‘School Blog‘ or ‘Personal Blog‘.

Create Your First Cikgu Blog / Teacher Blog / School Blog / Student Blog

Creating a blog is the first step. The following resources all offer blog publishing. Some of these are aimed specifically at school blogs while others are available for anyone.

  1. Class Blogmeister. Created as a blogging platform specifically for educators, this free service will get you and your students blogging in no time. An added bonus to this service is that it is rarely blocked by school filters due to it’s specific safety features.
  2. Edublogs. Another blogging platform made just for educators, this service is based on WordPress, so comes with all the features of WordPress. Another benefit of Edublogs is the short and simple URLs for the blogs that make it easy to share with parents.
  3. WordPress. Get a free blog with WordPress and you will also have access to plenty of tools such as spellcheck, integrated stats tracker, and spam protection. This is one of the more popular blogging platforms.
  4. Blogger. Another popular blogging publisher, Blogger is teamed up with Google and offers lots of tools to make your blogging experience easier. You will need a Google account to create a blog with these folks.
  5. TypePad. TypePad lets you select from thousands of designs and has lots of widgets, custom banners, and more. However, this service is not free. You can take advantage of a free trial before you decide to pay the low monthly fee or annual subscription, though.
  6. LiveJournal. In addition to providing a blog, LiveJournal also makes it easy to create a social network through the blogs. This might work great for your class if all the students will have their own blog as well.
  7. Moveable Type. Another free blog publisher, Moveable Type offers many of the same features as the others with a spam blocker, templates, and more.
  8. Tumblr. Not really a full-fledged blogging platform, Tumblr is designed for smaller posts and a much more personalized experience. If you aren’t ready to go the way of the blog, this might be a good way to get your feet wet.
  9. Windows Live Writer. Get a Space in Windows Live and download Live Writer to start blogging with this publisher. You can connect with others, post video, and more with Live Writer.
  10. Thingamablog. All you need to get started with this blog platform is FTP, SFTP, or access to a server. The setup wizard will guide you through the steps of getting your blog in place.

Have fun with these free blogging webs/tools. Happy blogging to all teachers in Malaysia.

Welcome Back To School

Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2009

Pertama sekali, admin CikguBlog dotcom ingin mengucapakan selamat kembali ke sekolah kepada semua cikgu dan murid. Bagi mereka yang baru melangkah ke alam persekolahan, terutamanya pelajar sekolah rendah darjah satu dan sekolah menengah tingkatan satu, mereka telah pun melaporkan diri ke sekolah masing-masing pada hari Jumaat yang lepas iaitu dua hari lebih awal berbanding pelajar lain untuk mendaftarkan diri dan menjalani sesi orientasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah di Malaysia.

Segala kelengkapan persekolahan telah siap disediakan oleh ibu bapa terlebih dahulu sebelum anak-anak mereka memulakan persekolahan baru Tahun 2009 supaya anak-anak mereka dapat menumpukan perhatian ketika pembelajaran dijalankan. Buku teks sekolah yang percuma juga telah diagihkan kepada setiap murid pada hari pertama pendaftaran mereka.

Debaran makin terasa oleh para pelajar yang sudah lama bercuti. Ada yang gembira dan ada pula yang tidak sabar untuk ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran baru dan juga untuk bertemu rakan-rakan yang sudah lama berpisah.  Walau apa pun perasaan yang timbul, sesi persekolahan Tahun 2009 harus diteruskan. Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh pelajar di Malaysia!

Carian Cikgu
Iklaneka
Join Cikgu Blog Networking
Join Cikgu facebook

MalaysiaCikguBlogging

Teachers Around The World
Free counters!