Cabaran Yang Hebat Kepada Pendidik Hari Ini

Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Saya sebagai admin cikgublog ingin menyuarakan soalan-soalan yang telah ditanya oleh pembaca blog ini. Soalan yang ditanya kadang-kadang susah dijawab kerana tiada maklumat  lengkap yang diberikan dan juga melibatkan sebahagian sahaja dan bukan semua pihak. Kalau saya memberi pandangan saya berpandukan maklumat yang belum lagi disahkan atau hanya sebagai tidak puas hati kepada sesuatu pihak sahaja, ini akan memberi kesan yang buruk atau situasi yang kurang selesa kepada semua pihak.

Maka sebelum saya beri sebarang komen atau pandangan, saya ingin membuat beberapa analisis berdasarkan jawapan yang akan atau mungkin diberi oleh pembaca blog ini terutamanya cikgu-cikgu.

Soalan-Soalan Yang Telah Ditanya Oleh Pembaca:
1)  Bagaimana untuk menambahbaikan lagi program PPSMI?
2)  Kenapa subjek elektif tidak diambil berat?
3)  Kenapa program pendidikan di Universiti tidak dititikberatkan?
4)  Bagaimana untuk menambahbaik lagi Pendidikan Khas?
5)  Apakah peranan cikgu dalam kawalan disiplin?
6) Apakah kebaikan dan kelemahan Program KPLI?

Kalau anda mempunyai pandangan atau jawapan kepada soalan-soalan ini, anda diberi peluang untuk menulis komen anda di blog ini. Pendapat anda amat dihargai. Sekian terima kasih daripada admin cikgublog.

Share and Enjoy:
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • del.icio.us
  • Digg
  • MySpace
  • E-mail this story to a friend!