Blog Cikgu Blogging In Malaysia
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Cikgu Malaysia Online Blogging about Teachers, Students, Schools and Teaching Skills.
Terdapat sebilangan guru yang masih kurang faham tentang S-P Chart. Maka Admin CikguBlog akan memberi sedikit penerangan tentang program ini. Harap guru-guru yang masih belum mahir atau belum cuba program ini dapat memperolehi sedikit maklumat berkenaan dengan program SP Chart.
S-P Chart telah diperkenalkan kepda semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Kinta Utara pada penghujung 2007, manakala bengkel penyediaan dan menganalisis carta telah diberikan kepada semua Penolong Kanan dan Setiausaha Peperiksaan sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara selepas itu.
Memandangkan pentingnya carta S-P kepada guru-guru Kinta Utara, bengkel pengukuhan diberikan semula. Kali ini guru-guru mata pelajaran pula akan terlibat. Diharapkan melalui cara ini penggunaan S-P Chart akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah dalam analisis peperiksaan dan ujian.
Melalui kaedah S-P Chart membolehkan para guru menganalisis data pengjaran untuk tujuan memahami kefahaman murid dan seterusnya mengubahsuai pengajaran. Antaranya adalah seperti berikut:
Komen Cikgu