Apa Itu Fail Meja?



14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.

2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.

3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.

4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.

5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.

6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.

7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.

8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.

9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.

10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.

11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.

13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.

14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Selamat Menjalankan Tugas. Sekian.

Share and Enjoy:
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • del.icio.us
  • Digg
  • MySpace
  • email

2 Responses to “Apa Itu Fail Meja?”

  • kuaci_labu says:

    Terima kasih kepada admin yang menyebarkan maklumat tentang Fail Meja. Maklumat tersebut hampir tepat. Hampir.
    Tetapi mengapa imej fail tegak yang dipaparkan? Jelas kelihatan imej fail tegak HINI – Selsema Babi.
    Silap besar tu!
    Jauh bezanya fail meja dengan fail tegak. Fail tegak tu boleh jadi ‘fail atas meja’ dan tidak akan menjadi ‘fail meja’. Tetapi fail meja boleh diletak tegak atas meja…

  • Admin says:

    Terima kasih kepada komen anda. Saya akan cari gambar lain yang menunjukkan fail meja yang betul. Sekian. Selamat mengajar.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Carian Cikgu
Iklaneka
Join Cikgu facebook

MalaysiaCikguBlogging

Teachers Around The World
Free counters!
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.