Archive for May, 2009
Pengubahsuaian PTK 2009
Pengubahsuaian Penilaian Tahap Kecekapan
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 tertakluk kepada Lembaga Penilaian Kompetensi (LPK) bagi membolehkan agensi pelaksana membuat persediaan sewajarnya tetapi tidak lewat dari 1 Julai 2009.
1. Kelonggaran syarat menduduki PTK bagi pegawai yang memangku, yang dipinjamkan atau ditukar sementara.
2. Kedudukan PTK bagi pegawai yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan lain, boleh mengguna pakai kelulusan PTK skim sebelumnya.
3. LPK boleh memberi kebenaran kepada pegawainya untuk menduduki PTK di Kementerian/Negeri/Agensi yang lain mengikut syarat yang ditetapkan.
4. Mewajibkan soalan Pengurusan Kewangan dalam PTK merangkumi 10% hingga 20% dari komponen.
5. Peningkatan komitmen menduduki PTK, memperbaiki keputusan Aras III ke aras IV, diberi peluang sekali sahaja untuk berbuat demikian di Tahap Kecekapan berkenaan. Penangguhan menduduki PTK, pegawai memohon tetapi tidak hadir PTK. LPK boleh menangguhkan pegawai menduduki PTK 12 bulan, jika tanpa alasan yang munasabah.
6. Perubahan bentuk keputusan komponen penilaian dalam bentuk gred. Gred A,B,C,D. Kombinasi keputusan komponen, prinsip aras terendah, (A+B = Aras III / C+D= Aras I / A/B+D = Aras II).
7. Pemanjangan Nilai Taraf boleh diterima untuk diguna pakai oleh LPK Kementerian/Negeri/Agensi yang lain sekiranya mempunyai kelayakan dan skim yang sama.
8. Penyelarasan Program Bimbingan PTK dengan latihan jabatan. Ketua Jabatan menstrukturkan semula program persediaan PTK supaya lebih sistematik dan dijadikan sebagai modul dalam program latihan jabata yang berterusan.
Respon KKGLMSM: KKGLMSM berpandangan tidak ada denda / penalti kepada pegawai yang gagal untuk menduduki PTK. Jangan nafikan hak pegawai perkhidmatan awam yang menduduki PTK.
Suasana Social Bilik Darjah
Interaksi Antara Guru dan Pelajar Dalam Bilik Darjah
Guru perlu menggalakkan hubungan sosial di kalangan pelajar engan mengadakan kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan supaya pelajar berkomunikasi sesama mereka. Pelajar yang pendiam, pemalu dan tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar yang perlu diberi perhatian. Guru perlu memasukkan mereka ini ke dalam kumpulan yang cergas agar mereka dapat berinteraksi dan dipengaruhi oleh rakan-rakannya.
Teknik sosiometri digunakan untuk mengkaji corak-corak nteraksi dan tahap penerimaan pelajar oleh rakan-rakan mereka. Maklumat itu membolehkan guru membantu menyesuaikan pelajar ke dalam kumpulan tertentu. Guru juga dapat mengumpulkan pelajar yang mempunyai minat yang sama agar mereka rasa lebih selesa dan bersoronok dalam menghasilkan projek bersama.
Berdasarkan ujian sosioetri, pelajar yang popular boleh dipilih sebagai ketua kumpulan dan boleh membantu pelajar singkiran atau asingan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan. Suasana pembelajaran akan berkesan jika hubungan sosial antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar adalah baik. Ini akan meningkatkan prestasi pembelajaran kerana kurangnya ketengangan. Maka guru seharusnya mewujudkan suasana yang baik dengan murid semasa P&P dijalankan. Sekian terima kasih.
Hari Guru Malaysia 2009
Selamat Menyambut Hari Guru 2009

Keikhlasanmu Guru
Inginku Selami Hatimu Guru
Mengenal Keperibadian Murnimu
Betapa Dirimu Dalam Ketabahan
Gigih Menggenggam Tanggungjawab
Tiada Kedengaran Bosan Dibibir
Ingin Sekali Aku Menjadi Sepertimu Guru
Tiada kelihatan Jemu Rautmu
Tak Pernah Kenal Erti Penat
Tidak Meminta Puji Dan Puja
Memancarkan Sinar Ilmumu Sepenuh Rela
Kini Telah Aku Buktikan
Betapa Aku Adalah Sepertimu
Ingin Berjasa Di Medan Ilmu
Mangajar Dan Mendidik Anak Bangsa
Cekal Dan Tabah Menempuh Dugaan
Kini Bersamalah Kita
Mengharungi Dugaan Dan Cabaran
Jujur Dan Ikhlas Kita Berbakti
Bersama Menadah Tangan Dengan Doa Restu
Kepada Tuhan Menjanjikan Pembalasan
(Jasamu Dihargai)
Selamat Hari Guru
Transformasi Pendidikan Malaysia
Proses Transformasi Pendidikan 2009
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan melalui akhbar bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam proses malaksanakan transformasi pendidikan bagi pentaksiran untuk mengurangkan masalah sekolah terlalu tertumpu kepada peperiksaan. Pihak KPM juga dalam tindakan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dirintiskan di Kelas Prasekolah dan Tahun 1 pada bulan Mac hingga Jun 2009 di 500 buah sekolah.
Kurikulum Berasaskan Standard akan memberi penekanan kepada penguasaan literasi 4M, Kemahiran Asas ICT, Perkembangan Fizikal, Kognitif, Sikap dan Nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.
Bagi pentaksiran, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah di mana pihak sekolah perlu merancang, membina, mentadbir, memeriksa dan menyediakan laporan mengenai pentaksiran dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran Psikometrik dan aktiviti Jasmani dan Kokurikulum akan diperkenalkan juga. Lembaga Peperiksaan Malaysia masih mengendalikan sebahagian dari peperiksaan secara pusat bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU, STAM dan SVM.
Kursus Dalam Perkhidmatan
KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme Ambilan 2009
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah/ Lepasan Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara.
Nama Kursus: KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme Ambilan 2009
Tempoh Pengajian: 26/27 Julai – 29/30 Oktober 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 12 Jun 2009
Syarat Dan Kelayakan Am:
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Julai 2009.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau S.P.M (Vokasional)
- Memiliki Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah.
- Memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah/lepasan diploma.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
- Telah disahkan dalam jawatan.
- Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh KPM.
- Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikut kursus tersebut.
- Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
- Umur tidak melebihi 50 tahun pada atau sebelum 1 Julai 2009.
Bidang Kursus Yang Ditawarkan:
- Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR)
- Teater Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR)
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SR)
- Pendidikan Khas Disleksia (SR)
- Media dalam Pendidikan Islam (SR)
- Pengajaran Kesusasteraan Melayu dalam BM (SM)
- Pendidikan Bahasa Arab Komunikasi (SM)
- Qiraat dan Taranum (SM/SR)
- Creative Teaching In Mathematics (SR)
- Creative Teaching In Science (SR)
- Remediation In Mathematics (SR)
- Enhancing English Language Teaching Practices (SM/SR)
Cara Mengemukakan Permohonan:
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian ini. Permohonan boleh dibuat mulai 10 Mei 2009. Calon perlu cetak borang permohonan yang teah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Sekian terima kasih daripada Admin CikguBlog.
ICT Untuk Guru dan Murid
Cikgu Perlu Mengoptimumkan Penggunaan ICT di Sekolah
Kepesatan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Di dalam usaha kerajaan membantu guru-guru untuk celik komputer, pelbagai langkah positif telah diambil. Antaranya ialah dengan menyediakan prasarana lengkap seperti kemudahan ‘Laptop’, ‘Laser Printer’ dan ‘Wireless Internet’ di makmal komputer sekolah yang membabitkan pelaburan yang tinggi.
Tidak hanya untuk kepentingan cikgu dan murid di sekolah bandar sahaja, segala kemudahan ICT yang disediakan kerajaan turut membabitkan sekolah-sekolah di luar bandar. Semua ini dilakukan atas dasar untuk memastikan setiap guru atau murid dapat menikmati kemajuan negara dan pada masa yang sama dapat mendekatkan jurang digital.
Penubuhan Pusat Internet Desa, Schoolnet, Pusat Komuniti IT, Info Desa, Pembestarian Sekolah dan bermacam lagi program telah dijalankan untuk memastikan setiap murid dan cikgu Malaysia dapat menikmati kemudahan teknologi Internet.
Cikgu digesa agar peka dengan segala bentuk usaha yang dilakukan oleh kerajaan di dalam memperkasakan penggunaan ICT kerana ia melibatkan pelbagai bidang kehidupan. Kesemua infrastruktur ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan sewajarnya dioptimumkan penggunaannya agar niat murni untuk melahirkan murid-murid celik IT akan berhasil. Sekian terima kasih.
