ICT Dalam Pendidikan

Pendidikan ICT Di Malaysia

ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1.    meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2.    memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3.    memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4.    meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5.    menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6.    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga   pengajar, dan personel KPM;
7.    meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8.    meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9.    meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10.    meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Cara Memohon KPLI

Buku Panduan Cara Memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

Kursus KPLI telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Pendidikan Guru selama tujuh tahun dan program ini telah berjaya mendidik melebihi sepuluh ribu orang cikgu yang mempunyai Ijazah sehingga hari ini. Terdapat ramai pelajar lagi yang ingin memohon kursus ini tetapi tidak tahu akan cara dan syaratnya.

Maka admin Cikgublog telah menyediakan satu buku panduan mengenai cara-cara memohon Kursus KPLI- Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Sebelum anda boleh muat turun buku ringkas ini, anda perlu register dahulu sebagai ahli CikguBlog dotcom. Buku ini hanyalah sebagai panduan kepada anda tentang cara-cara dan syarat untuk mengikuti kusus KPLI. Semoga buku ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Sekian terima kasih. Sila klik link ini untuk register: Buku Panduan KPLI

Please click the link below to tell your friends about this book. Thanks.
Tell a Friend


Adakah PPSMI Relevan?

PPSMI Perlu Diteruskan Atau Tidak?!

Sejak kebelakangan ini, isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kembali diutarakan di semua media utama. Saya sebagai seorang guru PPSMI yang telah mengajar subjek Sains dan Matematik selama empat tahun ingin menyuarakan sedikit sebanyak tentang perkara ini.

Bagi cikgu, pengajaran dalam bahasa Inggeris tidak membebankan. Malahan tidak menjejaskan prestasi bahasa Melayu. Saya dan rakan sekerja seronok mempelajari istilah-istilah baru Sains dan Matematik. Walaupun pada mulanya agak susah bagi semua cikgu menguasai term-term yang serba baru dan susah diingati. Tetapi dengan adanya bantuan daripada guru bahasa Inggeris pada waktu ‘Buddy System Support’, cikgu mula menaruh minat terhadap pengajaran mereka dan ada murid yang mula menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dengan cikgu. Mulai masa itu, saya berasa sudah sebati dengan PPSMI.

Ada guru-guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris dan kemudian menerangkan kembali dalam bahasa Melayu. Ini adalah untuk menjaga murid yang agak lemah dalam bahasa Inggeris. Walaupun terdapat murid yang tidak cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik, tetapi mereka berasa sangat teruja dengan belajar bahasa Inggeris. Yang pentingnya ialah masa dan keinginan untuk mereka belajar.

Ini berlaku hanya di sekolah saya dan saya memberi pandangan terhadap murid saya sahaja. Yang difahami  ialah tahap murid-murid di setiap sekolah adalah berbeza-beza dan diikuti juga sekolah di bandar dan di luar bandar. Maka pandangan admin CikguBlog tetap pandangan sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan guru-guru di sekolah lain.

Apa yang penting untuk belajar berjaya ialah kemahuan dan kegigihan. Apabila kegigihan dan kemahuan ada, halangan dapat diatasi. Justeru, adakah PPSMI relevan? Cikgu sendiri sahaja yang dapat menjawab soalan ini. Sekian terima kasih. (Pandangan ini hanyalah daripada admin cikgublog)

Kisah Seorang Guru

Kisah Seorang Guru Dengan Anak Muridnya

Pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah mengajar di sekoah rendah dan menengah, apabila pelajar tidak membawa buku teks, maknanya mereka tidak mahu belajar. Jika mereka tidak membawa buku latihan, maknanya mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Dan lagi teruknya, jika mereka tidak membawa apa pun buku teks, maknanya secara langsung mereka sudah hilang minat belajar. Hakikatnya, murid sebegini datang ke sekolah semata-mata untuk berjumpa dengan kawan atau gengnya dan keluar dari rumah.

Selalunya apabila mereka tidak membawa buku latihan, saya akan suruh mereka meminjam dari kawan disebelah kelas dan menyalin soalan itu ke atas kertas kosong lain, dan kemudian ditampal dalam bukunya apabila balik ke rumah. Saya faham, mereka tidak akan siapkan latihan itu dan ditampal dalam buku latihan. Tetapi saya terpaksa juga menyuruh mereka untuk membuat demikian supaya mereka tidak akan mengganggu rakan sekelas lain yang ada membawa buku dan ingin belajar. Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Ada satu kes lagi dimana seorang budak telah dibuang sekolah atas masalah displin yang teruk. Tetapi ibubapanya tidak dapat menerima keputusan ini dan meminta bantuan pihak sekolah. Kami cikgu pun memberi cadangan dan meminta ibunya membawa budak itu ke PPD dan JPN untuk memohon supaya masuk balik ke sekolah semula. Permohonannya telah diluluskan atas dasar pendidikan wajib sehingga usia 17.

Tetapi adakah budak itu mengubah sikapnya? Jawapannya tidak dan kelakuannya menjadi sombong lagi kerana dia tahu bahawa dia akan dapat terus pergi ke sekolah sehingga umur 17. Saya rasa mana-mana guru pun di Malaysia ini memang tidak boleh buat apa-apa. Apa yang pihak sekolah boleh buat ialah memberi bimbangan dan kaunseling bagi dia dan ibubapanya sehingga mereka insaf akan kepentingan masa depan anak mereka.

Beginilah kisah seorang guru dengan muridnya. Adakah pelajar itu akhirnya mengubah sikap dan menyambungkan pelajarannya? Kamu akan dapat cari jawapanya jika anda seorang cikgu juga. Sekian terima kasih.

Cikgu Menyambut Hari Kekasih

Selamat Menyambut Hari Kekasih & Happy Valentine’s Day

Cikgu, bagi sesiapa yang ada menyambut Hari Kekasih, iaitu hari yang sangat bermakna dan istimewa terutama bagi mereka yang masih bercinta atau suami isteri yang saling mencintai, admin cikgublog ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kekasih dan Happy Valentine’s Day kepada semua Cikgu di Malaysia! Inilah juga hari dimana cikgu-cikgu lelaki boleh memberi hadiah atau bunga kepada cikgu-cikgu perempuan yang masih menanti-nantikan tanda kasih terhadap mereka. Ingat, tunjukkan rasa cinta dan tanda kasih sayang kamu secara berbudi dan jangan terlepas peluang jika sudah terjumpa seseorang cikgu yang dicintai. Akhir sekali, hari ini adalah ’special’ dan kita mesti juga mengingatkan jasa ibubapa kita yang sudah mendidik kita menjadi seorang guru yang berguna kepada masyarakat. Maka jangan kita lupa memberikan hadiah kepada ‘kekasih’ kita iaitu Ibubapa kita sebagai tanda kasih terhadap mereka supaya jasa mereka selalu diingati. Klik sini untuk maklumat selanjutnya berkenaan ‘Cari Cinta Sejati’ atau ‘Find Your True Love‘. Sekian terima kasih.

Useful Lesson Plan Links For Teachers

Teachers: Please Check Out The 25 Useful Lesson Plan Links


For new teachers, designing curriculum for classes can be a challenge, as they don’t have the experience of veteran teachers to go on when creating new lessons. New teachers don’t have to go it alone, however. There are plenty of resources on the Internet that are designed to cater to the needs of teachers just entering their first years of teaching, as well as those with years of experience. Here are 25 great resources to check out to help you create interesting and effective lesson plans.

  1. Columbia Education Center Lesson Plans: This site is full of lesson plans created by teachers for their own classrooms that you can repurpose and use as part of your plans as well.
  2. The Teacher‘s Corner: Here you‘ll find lesson plans on topics that range from social studies to arts and crafts as well as printable worksheets, bulletin boards, recommended books and more.
  3. Teacher Vision: Whether you teach high school, middle school or elementary classes, you‘ll find helpful lesson plans on this site as well as advice on classroom management and fun activities.
  4. Thirteen Ed: This New York based site has numerous resources for all kinds of lessons including science, math, technology, art and more.
  5. Reach Every Child: Horace Mann and teacher Alan Haskvitz have compiled this collection of resources for teachers. Get a little assistance in approaching math, science and language arts from another way.
  6. Scholastic for Teachers: This leading educational publisher provides teachers with a number of resources, including some sample lesson plans that can help get them on the right track to better teaching students.
  7. Educational Resources and Lesson Plans: Professor Edmond Sass has created a list of thousands of lesson plan resources that can fit the needs of any teacher, from those working with special education students to those working to boost self-esteem.
  8. Busy Teachers’ Website:Get a long list of educational resources and lesson plans on this site. You’ll not only find links to lesson plans on just about every subject, but tips on relevant museum exhibits and projects as well.
  9. The Educator’s Reference Desk:This site contains a huge archive of lesson plans that you can search by subject, keywords or grade level.
  10. Teachers.net: Here, teachers can find over 4000 different lesson plans that have been created and submitted by other teachers for a variety of grade levels and subjects.
  11. Kathy Schrock’s Guide for Educators: Discovery Channel has an educationally focused site and among many other resources, teachers will find sample lesson plans and ideas to make technology-focused learning more fun and easier for students.
  12. Access Excellence: Biology and life sciences teachers can get some ideas for great lessons on this site on topics like DNA, radioactivity, the circulatory system and more.
  13. Microsoft Lesson Plans: Tech giant Microsoft gives back to the community through educational programs like this one that helps teachers. Here you‘ll get ideas for lessons on geography, history, technology and much more.
  14. Sites for Teachers:Whether you’re looking for an entire lesson plan, educational resources, or just some worksheets to print out, you‘ll find what you need on this comprehensive listing site.
  15. Pro Teacher Directory: Get some examples of lesson plans and class schedules as well as advice on writing effective lesson plans. You’ll also find common mistakes to avoid as well as guidance in creating lessons.
  16. Adprima: Here you‘ll find not only access to sample lesson plans but a little advice and guidance on how you can best go about writing your own lesson plans.
  17. Lesson Plans Page: Sponsored by Hot Chalk, this site contains over 3,500 different lesson plans. Teachers will also find help and advice from fellow teachers through articles and forums on the site.
  18. Read Write Think: English teachers can get some helpful lesson advice from this site, geared towards improving reading and language arts education.
  19. Lesson Plan Search: Search through a huge archive of lesson plans for help on a particular subject or grade level.
  20. Teachnology: Teachers can take advantage of over 28,000 lesson plans on this site as well as printable worksheets, teaching tips and more.
  21. Lesson Tutor: Get reproducible lesson plans, worksheets and some helpful advice from this instructional site for home schooling parents and teachers.
  22. Curriculum Archive: Find advice from other teachers, lesson plans, and classroom ideas on this searchable site.
  23. Technology Lesson Plans: With technology becoming an ever growing part of education, why not give your lessons a head start with some help from this site?
  24. Thinkfinity: Teachers can take advantage of the lesson plans as well as loads of other educational resources and tools found on this site.
  25. Xpeditions: National Geographic gives teachers some ideas of lessons on this site, which focuses on the earth sciences and biology.

Resource from TeachingTips.com (Teachers, feel free to checkout this full of useful info website.)

Cara-cara Menjimatkan Duit

Cikgu, Suburkan Tabiat Menabung Untuk Masa Depan

Ekonomi dunia semakin merosot dan banyak kilang mengalami kerugian dan akhirnya mengakibatkan pengangguran pekerja yang berterusan. Memandangkan Malaysia juga terjejas akibat kemelesatan ekonomi sedunia, maka admin CikguBlog menulis artikel yang bertajuk: ‘Suburkan Tabiat Menabung Untuk Masa Depan’ khas untuk cikgu dan rakyat di Malaysia.

Tabiat menabung perlu disemai pada setiap orang cikgu supaya apabila mereka kesempitan wang, duit itu dapat membantu mereka dalam keadaan kecemasan dan tidak perlu lagi meminta ‘bank loan’ atau meminjam duit daripada ibubapa. Ia bukan saja dapat membantu keluarga cikgu menyelesaikan masalah kewangan tetapi juga berjaya mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, tabungan yang dibuat secara kecil-kecilan itu nanti boleh digunakan untuk menampung pembiayaan pelajaran anak-anak cikgu pada masa akan datang.

Ada cikgu yang memang sukar mengamalkan tabiat baik menabung walaupun ia nampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikit panduan untuk dikongsi bersama cikgu-cikgu di Malaysia bagaimana caranya anda boleh berjimat cermat dan menabung secara bijak dan berhemah.

  1. Berhenti merokok : (Jimat Rm150)
  2. Memasak sendiri : (Jimat Rm300)
  3. Cuci kereta sendiri : (Jimat Rm50)
  4. Beriadah di rumah : (Jimat Rm100)
  5. Ajar anak anda sendiri : (Jimat Rm300)
  6. Kurangkan pembelian baju: (Jimat Rm150)
  7. Bawa bekalan ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
  8. Bayar bil kredit kad pada masanya : (Jimat Rm100)
  9. Rancang pembelian barangan dapur : (Jimat Rm50)
  10. Berkongsi kereta ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
  11. Mengguna SMS dan kurangkan panggilan telefon: (Jimat Rm100)
  12. Berkongsi surat kharbar atau majalah dengan jiran: (Jimat Rm50)
  13. Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam Internet : (Jimat Rm50)

Jumlah jimat dalam satu bulan = Rm1500 (bersamaan dengan Rm50 sehari)

Bayangkan kalau semua jumlah yang dijimatkan tadi berjaya dikumpulkan pada tahun itu, cikgu boleh menabung sejumlah Rm18,000 setahun. Apa yang anda boleh buat dengannya ialah menggunakannya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan yang lebih buatlah pelaburan saham amanah bagi mendapat pulangan jangka panjang yang menguntungkan.

Maka jelaslah bahawa tabiat menabung memang meuntungkan bukan sahaja pada cikgu sendiri tetapi keluarga cikgu juga dapat hidup dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni. Kerana tanpa duit atau tidak cukup duit untuk berbelanja semasa kecemasan, seseorang atau sesebuah keluarga akan menjadi tidak tenteram dan akhirnya akan wujud suasana yang tidak aman sesama ahli keluarga. Akhir sekali, harap-harap artikel ini dapat meyakinkan cikgu untuk mula menabung demi masa depan cikgu yang lebih ceria. Sekian daripada admin CikguBlog.

Hari THAIPUSAM

Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2009

Kepada semua warga Malaysia terutama kaum India yang beragama Hindu, kepada semua cikgu di Malaysia terutama cikgu India berpenganut Hindu: ‘Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2009‘ daripada admin CikguBlog dotcom. Semoga rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai. Semoga cikgu-cikgu di Malaysia dapat mengajar dengan lebih berkesan dan efektif dalam suasana yang harmoni.  ‘Happy Thaipusam Cikgu!’

Kursus Dalam Perkhidmatan

Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Tahun 2009 Institut Aminuddin Baki Secara On-Line

“National Institute Of Educational Management And Leadership”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacitanya dimaklumkan mulai tahun 2009 Institut Aminuddin Baki akan melaksanakan pendaftaran kursus secara On-line bagi setiap kursus anjuran Institut Aminuddin Baki. Permohonan dan pendaftaran kursus boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Kursus (SPKO) yang boleh dilayari melalui laman web Institut Aminuddin Baki (IAB) iaitu http://www.iab.edu.my atau http://www2.moe.gov.my/~iab/ yang juga boleh memuat turun segala peraturan dan syarat-syarat kursus. Berharap dengan adanya sistem yang canggih ini, lebih ramai cikgu bersedia untuk memohon mengikuti kursus yang diminati masing-masing demi kecermelangan prefesional guru. Sekian daripada admin Cikgublog.

Pengenalan
Sistem Permohonan Kursus Online (SPK-ONLINE) dibangunkan oleh staf dari Jabatan Aplikasi Komputer Dalam Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan Active Server Page (ASP), Pengkalan Data Microsoft Access dan Server IIS.

Objektif

  • Membantu staf IAB dalam melaksanakan tugas harian;
  • Mengurus dan memantau maklumat berkaitan kursus dengan cara yang lebih sistematik dan efisien;
  • Meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti kerja dari segi kecekapan dan kepantasan masa;
  • Meningkatkan  efisiensi  pengurusan kewangan latihan.

Kebaikan

  • Pelanggan IAB boleh memohon kursus secara online, dengan cara ini liputan peserta kursus akan lebih meluas.
  • Pihak IAB boleh membuat persediaan dan perancangan berkaitan dengan sesuatu kursus kerana data dan maklumat berkaitan dengan peserta kursus telah tersedia .

Ciri-ciri Seorang Guru

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:

  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
  12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CikguBlog berharap supaya kesemua 17 ciri-ciri pada seorang guru berkesan perlu dipupuk pada setiap guru di Malaysia. Sekian terima kasih.